Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Tular Teh Ais Gajah...

POKOK SENA - Apabila mendengar nama ‘teh ais gajah’ sudah cukup membuatkan orang...

PKR Bimbang Laman Web...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri pernah melarang media tertentu daripada...

2 Maut Kereta Rempuh...

JOHOR BAHRU - Dua lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas kereta dinaiki...

Harga RON95, RON97 Naik...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik lima sen manakala diesel...

Keputusan 2 PRK Buktikan Deklarasi Rakyat Tun M Tidak Relevan

ALOR GAJAH – Kemenangan Barisan Nasional (BN) di dua kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Sabtu membuktikan Deklarasi Rakyat yang dibawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak relevan dan ditolak rakyat.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata rakyat sebaliknya lebih yakin dengan deklarasi yang dibawa BN dan menterjemahkannya dalam undi mereka yang membawa kemenangan besar pada BN.

“Masa telah berubah. Apa yang dibuat oleh Tun (Mahathir) sebenarnya mencerminkan bahawa rakyat sekarang tidak lagi berada pada landasan politik seperti masa yang dibawa oleh kepimpinan DAP atau Parti Amanah Negara (Amanah) yang disokong Tun.

“Deklarasi Rakyat yang dibawa Tun tidak relevan kerana ia merupakan satu deklarasi yang mengaburkan mata rakyat untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sedangkan beliau merupakan pemimpin yang masih lagi mendapat sokongan pada PRK di dua negeri itu,” katanya kepada pemberita di sini, Ahad malam.

Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka puasa, tarawih dan penyampaian sumbangan kepada 64 pemimpin UMNO cawangan di bahagian Masjid Tanah.

Pada PRK itu calon BN Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi memperoleh 16,800 undi dengan majoriti 9,191 undi manakala calon BN Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid mendapat 12,653 undi dengan majoriti 6,969 undi.


Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata kemenangan BN juga menunjukkan deklarasi rakyat yang sebenarnya yang memberi mandat kepada BN untuk terus mentadbir di kedua-dua kerusi Parlimen berkenaan.

Beliau berkata kemenangan besar yang diperoleh BN di negeri tersebut jelas membuktikan keyakinan dan sokongan rakyat terhadap BN yang dipimpin oleh Najib semakin meningkat.

Katanya kemenangan tersebut juga memberi semangat baharu kepada pucuk pimpinan BN bagi meneruskan kepimpinan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori