• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejayaan Pembangunan Terletak Di Bahu Semua Pihak

oleh Ahmad Albab
13/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Persepsi bahawa kejayaan pembangunan di kawasan terletak sepenuhnya di bahu wakil rakyat adalah tidak tepat, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri.

Beliau berkata ia sebenarnya memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan untuk merealisasikannya.

Di samping itu, pemimpin masyarakat, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin setempat juga harus memainkan peranan masing-masing, katanya ketika membahaskan usul ucapan terima kasih ke atas ucapan Yang Dipertua Negeri Sarawak pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-18 hari ini.

Berhubung keperluan pembangunan di Lingga, ADUN Barisan Nasional (BN) itu berharap kerajaan segera menyelesaikan masalah tekanan air rendah dengan menaik taraf saluran paip sedia ada bagi menampung 747 rumah panjang di kawasan Meludam dan Triso.

Beliau juga mengulangi permintaan supaya Kementerian pendidikan membina semula Sekolah Kebangsaan (SK) Maludam yang telah berusia 60 tahun dan dalam keadaan amat daif.

“Saya memohon kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk memasukkan pembinaan bangunan baharu SK Maludam di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) dalam usaha menggantikan struktur pembangunan lama sekolah tersebut,” katanya.

Simoi turut meminta Kementerian Kesihatan supaya membina klinik kesihatan yang baharu bagi menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah di Maludam.

“Memandangkan penduduk di Maludam kini meningkat kepada 6,489 orang dengan majoritinya nelayan dan petani dengan pendapatan tidak menentu, mereka berdepan dengan masalah menanggung kos yang tinggi apabila terpaksa mendapat bekalan ubat-ubatan dan rawatan susulan di Klinik Pusa, Hospital Betong atau Sarikei,” katanya.

Beliau juga menyuarakan keperluan untuk membina semula pekan Lingga agar pembangunan di situ setaraf dengan daerah-daerah kecil lain di negeri ini, di samping keperluan untuk Lingga dan Maludam mempunyai Balai Bomba dan Penyelamat masing-masing.

Beliau juga menggesa bagi Lingga dilengkapi dengan anjung usahawan bagi menampung keperluan peniaga, penubuhan kolej komuniti bagi membolehkan belia mengikuti latihan-latihan yang disediakan serta penubuhan pejabat Pos di Maludam. – BERNAMA

Tags: adunsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

09/08/2026
0

GEORGE TOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng mendakwa beliau membantu melestarikan syiar...

Gabungan 10 ADUN BN, PN Angkat Sumpah EXCO Negeri Sembilan

Gabungan 10 ADUN BN, PN Angkat Sumpah EXCO Negeri Sembilan

07/08/2026
0

KUALA PILAH - Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd