• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ke Masjid Mencuri, Tapi Jika Minta Bantuan Adakah Diberi?

oleh AK-47
07/06/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAMBAR seorang lelaki diikat di tiang masjid selepas berjaya ditangkap kerana cuba mencuri tabung derma orang ramai, tiba-tiba mencetuskan kontroversi minggu ini.

Gambar berkenaan dipercayai diambil di Masjid Kg Pasir Putih Bachang, Melaka pagi Khamis lalu.

Ke Masjid Mencuri.. Tapi Jika Minta Bantuan Adakah Diberi?

Dalam cubaan melakukan niat buruknya, suspek dikatakan bertindak menutup kamera CCTV yang terdapat di masjid dengan kain pelekat.

Namun apa yang dirancang suspek tidak kesampaian apabila perbuatannya disedari orang ramai yang bertindak menangkapnya.

Sebagai hukuman dan bagi mengelakkan dia melepaskan diri sementara menanti pihak berkuasa tiba, lelaki berkenaan diikat di tiang masjid dan diberikan air minuman oleh pihak yang bersimpati.

Ke Masjid Mencuri.. Tapi Jika Minta Bantuan Adakah Diberi?

Apabila gambar kejadian ini tersebar di media sosial, rata-rata netizen mula memberi komen dari perspektif berbeza iaitu tidak setuju suspek diikat di tiang, gambarnya dirakam dan disebarkan.

Berbanding komen yang biasanya mengutuk perbuatan pencuri yang tidak menghormati rumah Allah, kali ini lebih ramai mempertikaikan hukuman yang diterima pesalah iaitu dipukul dan diaibkan, selain  dihadapkan ke muka pengadilan.

Hal ini kerana kes mencuri di masjid semakin banyak didengar dan suspek terlibat ada yang dibelasah hingga mati dan ada juga yang terpaksa merengkok dalam penjara selepas disabitkan bersalah di mahkamah sedangkan habuan tabung yang mereka ambil terlalu kecil, ada antaranya RM2 sahaja.

Ini bukanlah bermakna pencuri tabung masjid harus dimaafkan tetapi rata-rata beranggapan masjid seharusnya memberikan perlindungan dan bantuan kepada golongan memerlukan terutama umat Islam, jadi mereka ada tempat mengadu nasib apabila terdesak dan bukannya mencuri di masjid atau di mana-mana sahaja.

Salah seorang yang memberikan pendapatnya adalah pemilik akaun Facebook di bawah yang berkongsikan pengalamannya yang sesuai diambil sebagai teladan oleh pihak berkaitan:

gereja tlg

(Saya masih ingat satu hari saya naik teksi dari stesen bas Larkin. Pemandu dia seorang uncle Cina. Dia tanya nak pergi mana? Saya jawab nak balik Permas. Saya tanya dia dah lama drive? Dia jawab dulu saya susah. Ada kawan suruh pergi gereja minta tolong. Saya pergi mengadu pihak gereja tolong bagi modal bawa teksi. Dulu kami Buddha. La ni semua convert Kristian. Tq pada gereja bg ubah nasib saya sekeluarga. Saya ada nampak Bible kat dashboard. Saya tanya dia. Uncle baca tak? Dia jawab, saya ada baca tapi tak faham sangat. Saya bgtau dia kenapa simpan sedangkan tak baca dan tak faham. Dia jawab itu tak penting. Yang penting hidup saya dah berubah.

Nampak tak orang agama lain susah pergi gereja minta tolong. Orang Islam pergi Masjid asalnya nak mintak tolong, rasanya ramai yang pandang serong. Silap2 kena maki hamun. Kes ambil duit tabung tak seberapa lagi kena belasah. Malu dapat sakitpun dapat. Islam agama mendidik bukan menghukum. Dimana konsep Fahkum bil adl?)

Selain komen di atas, kami turut tertarik dengan nukilan seorang hamba ALLAH yang pernah tersebar di media sosial sebelum ini, berkaitan tanggung jawab institusi keagamaan termasuk masjid dan pusat zakat memudahkan pertolongan terhadap golongan asnaf dan fakir.

Mari kita baca:

Aqidah memang tidak boleh dijual beli tetapi mudah tergadai tanpa sedar.

Masjid banyak duit. Tetapi AJK pengurusan masjid, buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Kes curi RM2.00 dari tabung masjid, alih-alih kena penjara. Mungkin yang melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.

Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam² note.

Aku belek buku itu. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan.

Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama Melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor telefon. Salah satu nama seorang lelaki telah mengambil rm50 utk beli susu anak.

Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Beliau baru kena berhenti kerja ‘jaga’ masa tu.

Katanya : “Saya dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh pergi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Lalu seorang kawan india suruh saya pergi gereja. Dia kata boleh terus ambik duit dekat gereja tu kemudian baru tulis nama. Saya pun pergi tempat itu (gereja) dengan dia.”

“Kenapa encik ambik RM50 je. Bukan ada orang jaga pun?” soal saya.

“Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit untuk duit tambang pusing2 cari kerja.”

Terdiam aku sekejap. “Lepas tu encik ?”

“Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dengan nasi bungkus makan lima beranak. Pagi esok gereja terus telefon dan ‘offer’ saya kerja dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi ‘jaga’ di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri.”

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yang sedang ronda tempat parking masa tu.

Encik masih kerja di situ ?

“Berhenti dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja yang bagi modal. Sekarang ni saya meniaga gerai makan..”

Pengajaran :
Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul RM ratusan ribu tapi ahli qariah ada yang dapur tak berasap..

Renungkan :
1) Kutipan setiap Jumaat yg tercatat ratusan hingga ribuan RM.

2) Ke mana aliran kewangannya untuk kebajikan ahli qariah ?

3) Tidak cukup hanya bendahari.. siapa audit yg bertauliah utk kewangan masjid ?

4) Adakah di masjid tersedia satu biro khas yg mengaudit ahli qariah fakir, miskin, ibu tunggal dll??

Memang benar data yang ada di majlis agama, pusat zakat dan pusat kebajikan masyarakat itu ada, tapi data itu terlalu umum..sepatutnya masjid yang punya sumber sumbangan tetap tiap minggu perlu lebih prihatin dalam menjaga kebajikan ahli qariah.

Didoakan semoga AJK masjid² aktif dalam menjaga kebajikan ahli qariahnya. Semoga hati masyarakat lebih dekat dengan masjid.

Sekadar renungan.. yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan. Wallahu a’lam.

Bukan bermaksud ada pihak tidak pandai buat kerja atau berlaku kepincangan yang disengajakan, sebaliknya pendapat di atas amat berguna andai ia diambil kira oleh pihak berkaitan bagi mencari jalan memudahkan lagi amanah untuk golongan memerlukan yang dipegang oleh mereka, menemui tuannya yang berhak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kes Curitabung masjid
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

27/03/2024
0

Kuala Terengganu : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas tuduhan mencuri pelbagai jenis barangan...

Tiga Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Semasa Operasi Di ‘Mini Dhaka’

Tiga Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Semasa Operasi Di ‘Mini Dhaka’

24/12/2023
0

KUALA LUMPUR : Tiga anggota polis dipercayai daripada Pasukan Gerakan Am Briged Tengah ditahan selepas disyaki mencuri wang berjumlah RM85,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd