• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Rampas Dadah Bernilai RM2.17 Juta Di Ledang

oleh Ahmad Albab
20/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas dadah bernilai RM2.17 juta di sebuah makmal memproses dadah di Taman Sri Jaya, Ledang, Johor pada Jumaat lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam, Datuk Zulkifli Yahya berkata serbuan dilakukan sepasukan Kastam Kedah kira-kira pukul 5.15 pagi selepas melakukan intipan selama dua hari.

Beliau berkata hasil pemeriksaan dalam rumah tersebut mendapati serbuk caffeine seberat 28.382 kilogram (kg), heroin (4.309 kg), methamphatamine (0.479 kg) dan ketamin (443 gram).

“Kita turut menemui 2,345 pil iaitu 695 biji ekstasi dan 1,650 pil eramin 5 serta pelbagai peralatan untuk memproses dadah. Kesemua dadah ditemui di ruang tamu dan bilik di tingkat atas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JKDM Kedah hari ini.

Katanya tiada tangkapan dilakukan berikutan sepanjang intipan selama dua hari itu serta tiada pergerakan individu yang keluar masuk ke rumah tersebut.

Zulkifli berkata pihaknya terpaksa memotong kunci mangga dan memotong pintu gril untuk masuk ke dalam rumah tersebut ketika serbuan dilakukan.

Katanya rumah tersebut hanya dijadikan tempat untuk menyimpan dan memproses dadah oleh sindiket dan dadah tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan.

“Kita juga sedang mengesan pemilik rumah itu untuk siasatan bagi mengenal pasti suspek terlibat. Kita percaya ini salah satu sindiket terbesar menjalankan ativiti memproses dadah,” katanya.

Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. – BERNAMA

Tags: Kastamkes dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd