• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Indonesia Diliwat Sehingga Mati

oleh AK-47
01/06/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sebelum ini, ditemui mati dalam keadaan menggerikan apabila mangsa diikat dan digantungkan pada sebatang pelepah sawit dalam kejadian di daerah Kabupaten, Mesuji, Indonesia, Jumaat lalu.

Media tempatan melaporkan, mangsa, Yoga Adi Pratama, 9, sebelum itu dikatakan telah keluar pada lewat malam, Khamis namun tidak pulang ke rumah selepas itu, membuatkan neneknya bimbang lalu membuat laporan polis.

Susulan itu, penduduk kampung menubuhkan gerakan mencari mangsa pada Jumaat dan menemui mayat Yoga pada jam 8 pagi dalam keadaan tidak berbaju dan tersandar di pokok sawit di ladang sawit.

Difahamkan, pada awalnya mangsa dipercayai membunuh diri. Bagaimanapun siasatan pihak berkuasa mendapati terdapat kesan koyakan di bahagian dubur mangsa, dipercayai telah diliwat sebelum dibunuh.

mati

Selain itu, kesan lebam turut ditemui pada belakang kepala yang mungkin dipukul dengan objek tumpul. Serta kesan lebam di bahagian leher juga jelas kelihatan akibat dicekik suspek.

“Dubur mangsa yang berdarah, dipenuhi dengan air mani. Mangsa telah disahkan meninggal dunia kerana kekurangan oksigen,” kata polis Mesuji.

Menurut saksi, dia melihat mangsa yang menunggang motosikal Honda Beat berwarna biru tanpa nombor pendaftaran berhenti di depan sebuah rumah tidak jauh dari kediaman mangsa.

“Pada waktu itu, saksi ternampak mangsa diekori dua lelaki yang tidak dikenali menaiki motosikal lain, menghala ke Desa Adi Luhur,” katanya.

Ekoran itu, polis telah menyerbu rumah suspek, Kriswanto, 18, yang tinggal berhampiran kawasan kejadian. Namun, suspek telah melarikan diri sejauh 2 kilometer sebelum berjaya ditangkap.

screenshot_123

Soal siasat suspek mendapati, mangsa dibunuh oleh tiga orang.

Mangsa juga telah diliwat secara bergilir-gilir sehingga mati. Selesai memuaskan nafsu masing-masing, mereka menggantung mayat mangsa di pelepah sawit agar kelihatan seperti membunuh diri.

Jelas suspek itu lagi, ketika kejadian itu berlaku dua suspek lain memegang tangan mangsa, manakala seorang lagi menjerut leher mangsa menggunakan kain dari belakang sambil meliwatnya.

“Suspek mengakui, motif pembunuhan adalah kerana cemburu dan ingin memiliki motosikal baru, Honda Beat, yang dimiliki mangsa. Dua lagi suspek yang terlibat, masih dalam buruan polis,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Sumber: Tribunjambi

Tags: IndonesiakejamLiwat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd