• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JCorp Serah Zakat Perniagaan Berjumlah RM6.45 Juta

oleh Ahmad Albab
27/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima penyerahan pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM6.45 juta daripada Johor Corporation (JCorp).

Zakat terbabit diserahkan Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi JCorp, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada majlis Santapan Berbuka Puasa JCorp di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, di sini.

Turut berangkat ke majlis itu, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim dan barisan exco kerajaan Johor.

Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim menerusi ucapan pada majlis berkenaan berkata, zakat tersebut merangkumi 37 syarikat dalam kumpulan JCorp.

“Syarikat berkenaan termasuk Kulim (Malaysia) Berhad, QSR Brands (M) Holdings Sdn. Bhd., KPJ Healthcare Berhad dan Johor Land Berhad (JLand),” katanya.

Kamaruzzaman berkata, pembayaran zakat itu diuruskan oleh Capaian Aspirasi Sdn. Bhd. sebagai amil zakat korporat yang dilantik Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Pada majlis santapan itu, JCorp turut menceriakan 100 anak yatim, fakir miskin dan orang kelainan upaya (OKU) daripada lima rumah kebajikan di daerah ini.

Mereka menerima sumbangan duit raya bersama beg cenderamata selain menikmati makanan segera KFC dan Pizza Hut sebagai juadah berbuka puasa. – BERNAMA

Tags: Zakat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd