Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

Rakyat Perlu Sedia Hadapi...

SHAH ALAM - Rakyat perlu bersedia menghadapi kenaikan harga barangan susulan keputusan kerajaan...

Warga Uganda Dipenjara 6...

KUALA LUMPUR - Akibat menawarkan khidmat seks kepada anggota polis, seorang wanita warga...

Silat: Kenyataan Samad Said...

KUALA LUMPUR - Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dianggap 'menghina' orang Melayu,...

36 Penagih Ditahan Dalam...

RAUB - Tiga puluh enam lelaki yang disyaki penagih dadah termasuk empat pengedar...

Jangan Anggap Pakatan Mewakili Rakyat – PSM

KUALA LUMPUR – “Pakatan Harapan dan PAS tidak boleh lagi menganggap diri mereka mewakili rakyat kerana rakyat sudah bosan dengan permainan politik mereka,” kata Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Arutchelvan.

Kata beliau, perkara itu boleh dilihat melalui keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun lalu yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang selesa malah dengan majoriti lebih tinggi.

Malah, katanya, kombinasi undi PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) yang mewakili Pakatan Harpaan masih tidak dapat menewaskan undi yang diperoleh BN dalam kedua-dua PRK tersebut.

“Pakatan Harapan yang menjelma daripada Pakatan Rakyat terbukti tidak boleh pakai dan jika satu penjelamaan baru secara berpura-pura dilakukan antara tiga parti ini dengan wajah baharu, sudah tentunya tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia yang semakin celik dalam politik,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Pakatan Harapan ditubuhkan oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN selepas Pakatan Rakyat yang ditubuhkan pada 2008 dibubarkan tahun lalu.

Pakatan Rakyat dibubarkan bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang kerana beberapa isu membabitkan akidah Islam yang bangkitkan oleh PAS ditentang keras oleh PKR dan DAP.

PAN dianggotai bekas pemimpin PAS yang bertindak keluar parti kerana taksub kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara kerana meliwat seorang lelaki iaitu pembantu peribadinya.


Arutchelvan berkata, PAN gagal mendapat undi Melayu dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar manakala PAS gagal mendapat undi Cina.

Kata beliau, ia petanda bahawa PAS tidak boleh masuk Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 kecuali jika mereka hanya berminat bertanding di Pantai Timur.

“Begitu juga dengan situasi yang dihadapi DAP, jika DAP berfikir PAN dapat menggantikan PAS, maka jawapannya juga adalah tidak,” katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membantu kempen Pakatan Harapan cuma seorang oportunis yang gigih dalam menggunakan segala yang ada untuk menundukkan musuhnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori