Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pos Malaysia Pastikan Telus...

PUTRAJAYA - Penggunaan perkhidmatan Pos Malaysia Bhd bagi urusan penghantaran kertas undi pos...

‘Mujur Cucu Keluar’

KUCHING - “Jika cucu saya masih menonton televisyen, mungkin malapetaka menimpa keluarga kami,”...

Video Viral, Keluarga Sambut...

BAGI mereka yang meraikan Hari Natal sudah semestinya kad sambutan, makan malam bersama...

Kehilangan Kabel TM: 5...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima lagi individu yang...

Inilah Masjid Paling Sejuk Di Dunia, Suhu Bawah -50°C

SETIAP masjid terkenal di dunia mempunyai ciri khas yang tersendiri. Tetapi tahukah anda, terdapat masjid yang dikenali sebagai masjid tersejuk di dunia?

Mencatat suhu di bawah negatif 50 darjah celcius, masjid The Nurd Kamal yang terletak di bandar Norlisk Rusia ini dikenali bukan kerana kaligrafi atau senibina bangunannya tetapi cuaca sejuk yang luar biasa.

Keadaan di masjid ini akan jadi lebih sejuk apabila tiba musim salji kerana salji menutupi keseluruhan bumbungnya.

Masjid berkenaan merupakan bangunan terindah di bandar itu kerana dindingnya berwarna hijau, dengan kubah bersalut warna emas.

Inilah Masjid Paling Sejuk Di Dunia, Suhu Bawah -50°C

Masjid dibuka tahun 1998 itu dibina oleh Mukhtad Bekmeyev, seorang etnik Tatar dan warga Norlisk yang tinggal di bandar Laut Hitam Sochi yang jaraknya 4,000 km dari masjid tersebut.

Walau bagaimanapun, masjid ini bukanlah nama yang popular dalam kalangan penggembara atau pelancong kerana ianya terletak di kawasan paling utara Rusia.


Norlisk dianggarkan mempunyai 50,000 biji rumah penganut beragama Islam dan jumlah itu hanyalah satu perempat daripada keseluruhan penduduk di wilayah Rusia iaitu sekitar 210,000.

Sebahagian dari bandar ini dipenuhi warga Azerbaijan dan Republik Russia Dagestan yang hanya bekerja sebagai peniaga atau pekerja bangunan.

Jumlah populasi penduduk di bandar tersebut semakin mengecil kerana Norlisk telah mengehadkan akses bagi orang asing. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori