• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ini Kisah Bagaimana Muhammad Ali Masuk Islam

oleh AK-47
04/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUKAN tinju dunia dikejutkan dengan berita kehilangan seorang lagenda apabila Muhammad Ali disahkan meninggal dunia, pagi tadi.

_80112614_80112613

Ali yang dilahirkan pada 17 Januari 1942 di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat menghembuskan nafasnya pada usia 73 tahun, dipercayai kerana menghidap masalah pernafasan.

Beliau yang pernah menjadi peninju juara heavyweight dunia sebanyak tiga kali sememangnya merupakan salah seorang tokoh sukan terbesar pada abad ke-20.

Dalam namanya sedang meningkat naik, Ali tiba-tiba mengejutkan dunia apabila memilih untuk memeluk agama Islam dan menukar nama asalnya, Cassius Marcellus Clay, Jr, pada tahun 1964.

Pengumuman pertukaran agamanya itu didedahkan kepada umum buat pertama kali di arena gelanggang selepas Ali berjaya menjuarai heavyweight dunia menumpaskan Sonny Liston.

Muhammad Ali VS Sonny Liston
Muhammad Ali VS Sonny Liston

Petukaran agamanya itu juga membuatkan ada yang menggelarkannya sebagai ‘Black Muslim’.

Ali yang awal merupakan mualaf ketika itu dikatakan mempunyai pegangan yang berubah-ubah terhadap Islam.

Namun, selepas itu Ali mula mendekati ajaran Islam dengan menyertai Nation of Islam, sebelum mengambil keputusan berada dalam aliran Islam Sunni pada tahun 1975, kemudian kepada mazhab Sufi pada tahun 2005.

5e52f9368496fbeeb5493cbc2f9de6fe images

Sementara itu, ramai peminatnya percaya Ali memeluk Islam ekoran pengaruh rakan baiknya yang dikenali Malcolm X.

Malah, ada sumber yang memberitahu, lagenda itu menerima hidayah ketika menemani rakannya mendengar ceramah ajaran Islam.

Keyakinan Ali terhadap Islam semakin utuh apabila beliau merasakan agama itu tidak membezakan warna kulit, etnik, kekayaan dan semuanya sama di mata Allah SWT.

One of the most iconic figures in the world. May the Almighty grant Mercy to his soul. Aameen. #MuhammadAli 1972 in Makkah, Saudi Arabia.

A photo posted by Mufti Ismail Menk (@muftimenkofficial) on Jun 3, 2016 at 11:29pm PDT

Setelah pertukaran agamanya, Ali yang popular dengan gelaran ‘The Greatest’ meminta orang ramai tidak lagi memanggilnya sedemikian kerana mahu bersederhana seperti yang dituntut oleh ajaran Islam.

Sepanjang hayat, Ali sememangnya cukup terkenal dengan suara lantangnya demi mempertahankan isu-isu kaum, agama dan politik.

Awal Disember lalu, Ali sekali lagi memainkan peranannya menegakkan hak Islam apabila menyelar pendirian calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu menghentikan imigrasi umat Islam ke negara itu.

“Saya seorang Muslim dan tidak ada orang Islam mahu membunuh orang yang tidak bersalah di Paris, San Bernardino, atau di mana sahaja di dunia. Penganut Islam yang sebenar tahu bahawa keganasan yang kejam bertentangan dengan ajaran agama Islam,” ujarnya.

Sesungguhnya, insan bernama Muhammad Ali ini sukar dicari ganti dan akan kekal diingatan setiap peminatnya.

Semoga roh Muhammad Ali berada dalam kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Muhammad Ali
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

Lapangan Terbang Dinama Sempena Muhammad Ali

17/01/2019
0

KENTUCKY - Bandar raya Louisville dijangka menamakan semula lapangan terbangnya sempena wira dan legenda tinju dunia, Muhammad Ali, yang meninggal...

Muhammad Ali Terima Penghargaan Malaysia

05/03/2017
0

PUTRAJAYA - Rasheeda Ali, anak kepada legenda peninju dunia Muhammad Ali malam Sabtu menerima sijil penghargaan khas dari kerajaan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd