• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hisyam Hamid Gementar Jadi ‘Imam’ Sepanjang Ramadhan

oleh AK-47
07/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Hisyam Hamid yang meningkat naik popularitinya menerusi watak Harith di dalam drama Ariana Rose kini menggalas satu tugas yang berat apabila diberi tanggungjawab menjadi seorang imam sepanjang bulan Ramadhan ini.

Mesti ramai yang terkejutkan dengan berita itu. Siapa sangka hero pujaan Malaya ini sanggup menerima tugas yang berat itu.

Namun jangan terkejut, menjadi imam sepanjang bulan Ramadhan itu merupakan tanggung jawab yang harus digalasnya bagi menjayakan sebuah wataknya dalam drama berjudul Imam Mudaku Romantik yang disiarkan di Astro.

Hisyam Hamid Gementar Jadi 'Imam' Sepanjang Ramadhan

“Ini pertama kali saya bawa watak ustaz dan sebagai pelakon kalau boleh nak cuba banyak watak dan tidak terhad hanya pada satu.

“Saya mahu jadi versatile, rasa tak seronok jika orang nampak kita asyik berlakon watak sama saja.

“Lagi satu yang saya suka ialah bila kita bawa watak baru, banyak benda yang boleh belajar sebagai contoh dalam drama ini saya banyak belajar tentang bacaan ayat-ayat al-Quran dan juga selok-belok agama dengan lebih mendalam,” katanya kepada sebuah portal.

Namun Hisyam tidak menafikan bahawa dia juga turut berasa gementar dan bimbang untuk menjayakan watak tersebut memandangkan banyak yang harus dipelajarinya mengenai al-Quran dan selok-belok agama.

“Jadi ustaz adalah satu tanggungjawab besar dan bila ditawarkan untuk bawa watak ini, secara jujurnya saya takut.

“Takut kerana watak saya sebagai seorang ustaz moden yang memerlukan saya untuk membaca dan juga mengajar al-Quran, betulkan Tajwid dan juga beri tazkirah dipertikai segelintir pihak,” jelasnya.

Hisyam Hamid Gementar Jadi 'Imam' Sepanjang Ramadhan

Oleh itu, dia menyuarakan kebimbangan itu kepada pihak produksi dan mereka faham akan hal itu malah telah melantik seorang ustaz untuk membeimbingnya sepanjang menjayakan watak tersebut.

Difahamkan, untuk drama ini, Hisyam digandingkan dengan pelakon cantik Syatilla Melvin, dan drama Imam Mudaku Romantik telah memulakan siarannya di Astro sejak semalam. -MYNEWSHUB.CC

Tags: hisyam hamidImamSyatilla Melvin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Otak Melayu Mudah Terikut-Ikut, Tambah Pula Yang Bercakap Pakai Serban – Pemimpin PH

Otak Melayu Mudah Terikut-Ikut, Tambah Pula Yang Bercakap Pakai Serban – Pemimpin PH

28/07/2026
0

SEREMBAN - "Ulang-ulang Islam dan Melayu terancam. Kalau ada, sebutkan apa yang terancam. Bawakan bukti kalau kamu di pihak yang...

Tak Baca Khutbah Disediakan JAIPk, 4 Imam Digantung Tugas

Tak Baca Khutbah Disediakan JAIPk, 4 Imam Digantung Tugas

09/02/2025
0

IPOH: Empat khatib yang juga imam masjid di negeri ini digantung tugas sementara kerana menyampaikan khutbah Jumaat bukan dikeluarkan Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd