Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Penduduk Flat Sri Sentosa...

KUALA LUMPUR - Penduduk flat di Taman Seri Sentosa di sini, gempar dengan...

Kerajaan Umum Transfromasi Program...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan akan melakukan transformasi ke atas Program Latihan Khidmat...

Chong Wei Naik Angin...

KUALA LUMPUR - "(Morten) Frost tidak ada hak menentukan karier saya," tegas pemain...

Operasi MRT Fasa Pertama...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) fasa pertama bagi laluan Sungai...

Hilang 3 Jari Akibat Mercun Bola

PADAH bermain mercun, seorang remaja berusia 17 tahun hancur tiga jari tangan kanan dalam kejadian di Kampung Bukit Panau, Tanah Merah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa Nik Rashidi Azman yang bermain bersama adiknya ketika itu dikatakan tidak sempat membaling mercun bola yang dibakarnya.

Akibat insiden berkenaan anak ketiga daripada lima beradik itu hancur jari telunjuk, hantu dan jari manis serta turut mengalami kecederaan di bahagian muka.

Hilang 3 Jari Akibat Mercun Bola

Hilang 3 Jari Akibat Mercun Bola

Menurut ibunya, Ungku Aznah Ungku Ismail, 45, ketika kejadian, dia sedang memasak juadah untuk berbuka puasa di rumah sebelum dimaklumkan oleh seorang lagi anaknya, Nik Redzuan, bahawa jari abangnya berdarah akibat mercun tersebut.


“Pada mulanya saya tidak percaya tetapi selepas mendapat panggilan telefon daripada hospital, kira-kira jam 6 petang, saya terus bergegas ke sana.

“Saya benar-benar terkejut dan kesal dengan kejadian yang menimpa anak saya. Akibat kecederaan agak teruk, anak saya terpaksa dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori