• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hayati Al-Quran Untuk Capai Kecemerlangan – Musa Aman

oleh Ahmad Albab
22/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Umat Islam harus meningkatkan usaha mempelajari dan menghayati al-Quran bagi mendapat panduan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata kefahaman terhadap al-Quran membantu dalam pembangunan modal insan, termasuk dari segi pembangunan rohani dan jasmani.

“Inilah faktor kejayaan dan kecemerlangan pembangunan ummah dan negara di zaman Rasulullah SAW dan zaman Khulafa’ ar-Rasyidin yang berjaya membina tamadun umat Islam di bumi barakah Mekah dan Madinah yang tersohor sehingga kini,” katanya pada Program Bicara Ramadan sempena Nuzul al-Quran di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Musa berkata kerajaan negeri juga akan terus mengiktiraf dan mempertahankan sistem pendidikan Islam di negeri ini yang telah memberi impak besar kepada pembangunan umat secara seimbang.

Bagi menyuntik minat terhadap hafazan al-Quran, beliau berkata kerajaan negeri akan turut memberi pengiktirafan sewajarnya kepada golongan hafiz dan hafizah di negeri ini dari segi kerjaya, peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan pemberian insentif lain.

“Bagi tujuan itu, maka sewajarnya institusi tahfiz al-Quran di Sabah diperkasakan lagi sebagaimana institusi tahfiz di negeri-negeri lain termasuk taraf bidang pengajian, kemudahan prasarana dan sebagainya,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: Al-QuranMusa Aman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,622 unit teks dan bahan al-Quran yang mengandungi kesilapan dan tidak memenuhi standard disita Kementerian Dalam...

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang membabitkan universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd