Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

“Harap Menteri Agama Bukan...

"HARAP-HARAP menteri agama kita ni pun bukan dari golongan lesbian, gay, biseksual dan...

Bangsa Melayu Bakal Hilang...

PUTRAJAYA - Bangsa Melayu berisiko untuk hilang dalam tempoh 10 tahun akan datang...

Malas Belajar Punya Pasal,...

TOKYO - Seorang ayah tergamak menikam anak lelakinya yang berusia 12 tahun sehingga...

Upacara Nyalakan Lilin Di...

LONDON - Desiran angin dingin yang kuat seolah-olah meniupkan semangat perpaduan lebih 1,000...

Haram Sebut Pakatan Harapan Sebab Tidak Daftar RoS

SESUATU jarang diberi perhatian ialah selama ini pemimpin kerajaan Kelantan dan Pulau Pinang tidak pernah merujuk nama rasmi pentadbiran negeri itu di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) atau Pakatan Harapan (PH).

Sebaliknya jika diteliti, pemimpin dua negeri itu merujuk diri mereka sebagai Kerajaan PAS Kelantan dan Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan melihat logik parti berkenaan adalah dominan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Cuma Selangor mempraktikkan amalan sebutan Kerajaan PR waima PR itu pun sudah dibubarkan kerana meskipun Menteri Besar ialah PKR, namun ADUN parti itu pula kurang daripada DAP dan PAS yang ada lebih banyak kerusi.

Ini menjadikan Selangor sebagai pentadbiran caca-marba apabila PAS masih menganggotai exco kerajaan negeri walhal PH yang ditubuhkan tahun lalu menggantikan PR dengan disertai PKR, DAP dan serpihan PAS iaitu PAN.

Hakikatnya, sama ada PR atau PH, kedua-dua gabungan siasah itu sebetulnya adalah organisasi ‘hantu’ yang tidak pernah didaftarkan secara rasmi dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) sejak dahulu lagi.

Senario ini sama seperti Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada 1990 yang diwujudkan PAS dengan serpihan UMNO iaitu Semangat 46 selain Barisan Alternatif (BA) yang pernah dibentuk oleh PKR dan DAP pada 1999 lalu.

Uniknya, tidak kira APU, BA, PR dan PH, ia bukan pun gabungan badan siasah sah kerana pakatan ‘longgar’ ini tidak pernah didaftarkan langsung dengan pihak RoS; atau dalam bahasa kasar disebut sebagai organisasi haram.

Tidak hairanlah sehingga kini, jangan ditanya siapa Pengerusi PR dan kini diganti PH atau penyandang utama lain seperti setiausaha, bendahari, alamat sekretariat, logo, lambang, lagu rasmi waima laman web organisasi tersebut.

Usah pergi jauh, lihat masa pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya kecil (PRK), parti itu bertanding atas tiket masing-masing, bahkan bersaing sesama sendiri lawan calon BN dan PAS ketika pilihan raya negeri Sarawak lalu.

PR

Baca: PAN Marah Nama Parti Itu Disebut PAN, Bukan Amanah

Meminjam ayat popular beberapa pemimpin gabungan itu, PH kononnya mengamalkan prinsip ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’, sebenarnya mereka cuba menipu rakyat terang-terangan dan berselindung atas nama demokrasi.

Tanpa disedari, tindakan mempromosikan PH walau dengan apa cara sekali pun sebetulnya adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966 yang boleh dihukum penjara hingga lima tahun dan denda RM15,000.


Begitulah baiknya kerajaan BN yang selama ini tidak ‘bertegas’ terhadap PH bagi mengelak ditohmah fitnah jahat kononnya takut dengan mereka walaupun hakikatnya gabungan tiga parti itu adalah haram di sisi undang-undang.

Allah SWT Maha Kaya, PR ditubuhkan sejak 2008 dengan matlamat menghasut rakyat membenci BN akhirnya mati bukan kerana diharamkan RoS, tetapi mainan politik kotor sesama mereka sendiri dan kini badi itu menjangkiti PH.

Secara falsafah, jika sesuatu yang dibina bukan ikhlas, biar sehebat manapun ia pasti runtuh dan akhirnya PR itu diisytiharkan sudah ‘berkubur’ menjelang kedatangan bulan Ramadan pada tahun lalu, bukan diharamkan oleh RoS.

Teringat ketika PRK DUN Kajang di Selangor pada 2014, aktivis pembangkang teruja memasang pemidang hasut rakyat memilih mereka yang diberi gelaran Madu 3, iaitu sempena nama filem popular allahyarham P. Ramlee itu.

Lucunya, tanpa disedari ia memberi imej buruk kepada pembangkang apabila mereka lupa menyamakan perangai buruk dalam filem itu yang sebetulnya sindir suami berpoligami kurang berlaku adil kepada tiga isterinya sendiri.

Atau adakah PR dan PH memang jenis kaki putar belit kepada rakyat dengan memetik bait lagu dalam filem itu: ‘Mesti pandai pembohong, mesti pandai temberang, tetapi jangan pula, hai pecah tembelang’. - Mynewshub.cc

#PRKKUALAKANGSAR

Nota: Jom layan sebentar lagu malar hijau ‘Madu 3’ bagi yang masih tidak faham lagi apakah itu gaya politik aneh Pakatan Harapan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori