Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

10 Adun Angkat Sumpah...

Johor Bahru : Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengangkat sumpah jawatan...

Mohd Kamarudin Pengarah KDNKA...

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd...

Kes Denggi Di Johor...

JOHOR BAHRU – Kes kematian akibat denggi di negeri ini mencatatkan penurunan sebanyak...

Hujan Batu Boleh Berlaku...

KUALA LUMPUR - Fenomena hujan batu yang melanda ibu negara awal bulan ini...

Gambar Sekitar Kejadian Kelab Malam Dibom, Pagi Tadi

EMPAT lelaki dan empat perempuan dilaporkan cedera selepas berlaku letupan di sebuah kelab hiburan di Puchong, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar berkata letupan dipercayai dari bom tangan berlaku di kelab malam Movida di IOI Boulevard, jam 2.15 pagi.

BACA: 8 Cedera Kejadian Letupan Di Pub Di Puchong Jaya

“Kami akan menyiasat segala kemungkinan sama ada persaingan perniagaan, dendam mahupun individu tertentu yang berniat melakukan perbuatan itu,” katanya.

Gambar Sekitar Kejadian Kelab Malam Dibom, Pagi Tadi

Gambar Sekitar Kejadian Kelab Malam Dibom, Pagi Tadi

Gambar Sekitar Kejadian Kelab Malam Dibom, Pagi Tadi

Gambar Sekitar Kejadian Kelab Malam Dibom, Pagi Tadi

Memetik laporan The Star, ketika kejadian pengunjung yang berada di pub sedang menonton siaran langsung Euro 2016 yang menampilkan pasukan England dan Iceland.


Jabatan Bomba dan Penyelamat Puchong dilaporkan menerima laporan kejadian kira-kira pukul 3 pagi.

Lima daripada mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan manakala tiga lagi dihantar ke Hospital Sunway.

Sebuah kereta yang diletakkan kira-kira 30 meter dari pusat hiburan itu, turut mengalami kerosakan.

Sekumpulan anggota Unit Forensik polis dilihat melakukan siasatan di lokasi kejadian dan unit pengesan anjing K9 difahamkan menemui kesan ball bearing pada kerusi dan meja di luar pub.

Suspek kejadian itu masih dijejaki. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori