• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dipukul Kerana Berdengkur Terlalu Kuat

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN’AN (China) – Seorang pelajar retak tempurung kepala dan kehilangan pendengarannya selepas dipukul akibat berdengkur terlalu kuat ketika tidur di asrama.

Pelajar berkenaan, Ma Guorui, 15, berkata, dia diserang rakan sebiliknya ketika tidur di sebuah asrama sekolah, di sini baru-baru ini.

Katanya, sebelum serangan, rakannya memberi amaran supaya dia tidak berdengkur terlalu kuat hingga mengganggu tidur rakan yang lain.

Bagaimanapun, ketika tidur kepalanya tiba-tiba dihentak dengan objek keras menyebabkan dia berasa sakit hingga ke pagi.

“Pada waktu pagi, saya mula berasa pening dan muntah-muntah menyebabkan pihak sekolah menghantar saya pulang ke rumah,” katanya.

Bapa mangsa, Ma Yanchun memberitahu, dia segera membawa anaknya ke hospital selepas mendapati keadaannya semakin teruk.

“Selepas membuat imbasan X-ray doktor mengesahkan anak saya mengalami retak tempurung kepala dan hilang pendengaran di telinga kiri.

“Kecederaan parah yang dialami anak saya ini berpunca akibat dipukul dengan objek tumpul,” jelasnya.

Menurutnya, kos rawatan anaknya mencecah 150,000 yuan (RM93,030), dan walaupun pihak sekolah menanggung 100,000 yuan (RM62,020), tetapi dia masih tidak dapat menjelaskan baki bayaran itu.

Katanya, dia sudah membuat laporan polis terhadap rakan sebilik anaknya itu dan meminta keluarganya membayar ganti rugi. – Agensi/myMetro Online

Tags: Chinaremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd