Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Sultan Nazrin Terima Peletakan...

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menerima peletakan jawatan Menteri Besar,...

‘Permohonan Laidlaw Wakili Najib...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Queen's Counsel (QC) atau peguam...

Fail Cerai, Ezlynn Minta...

MASIH dibelenggu emosi selepas kes permohonan cerainya terhadap suaminya Adam Fahmy Shamsuddin diketahui...

Mahkamah Dengar Aduan 2...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menetapkan 5 dan 6...

Cemburukan Saiz, Lelaki Kapak Zakar Sahabat Baik

CEMBURU dengan saiz zakar rakan yang lebih besar, seorang lelaki dari Rusia tergamak memotong kemaluan kawannya itu menggunakan sebilah kapak, baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku di sebuah perkampungan kecil di Nikolsk, Bashkortostan itu melibatkan dua lelaki berusia 52 dan 47 tahun.

Insiden itu berlaku selepas kedua-duanya mabuk teruk dan mula bertengkar di antara satu sama lain sebelum lelaki berusia 52 tahun mengambil kapak dan menghayun ke alat sulit mangsa. Insiden berlaku selepas mereka ‘bertarung’ kemaluan siapa yang lebih besar dan bagus.

Menurut jurucakap polis, “Kedua-duanya sudah dua hari minum arak tidak berhenti sehingga mabuk teruk yang mana kemudiannya telah menyebabkan kedua-duanya saling bertengkar hingga melibatkan keganasan.”

Jiran yang terdengar jeritan mangsa menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

Kedua-dua lelaki yang tidak didedahkan identiti mereka itu difahamkan telah bersahabat baik sejak kecil.


Mangsa dilaporkan kini berada dalam keadaan stabil dan kemaluannya mungkin dapat disambung semula selepas menjalani pembedahan.

Jika disabitkan bersalah, suspek boleh dipenjarakan sehingga lapan tahun berhubung dakwaan jenayah tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori