• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Jadi Pengundi Kuala Kangsar Jika Menang PRK

oleh
09/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Setelah kantoi dengan isu bukan pengundi tempatan, calon PAN untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli akhirnya bakal menjadi pengundi di kerusi itu.

Bagaimanapun, beliau pada sidang media di pejabat PAN Kawasan Kuala Kangsar di sini hari ini berkata, perkara berkenaan bakal dilakukannya jika dirinya menang dalam saingan PRK untuk kerusi tersebut pada 18 Jun depan.

“Insya Allah saya akan jadi pengundi di sini lepas menang PRK ini,” katanya secara ringkas setelah diasak menjawab soalan oleh seorang wartawan tempatan mengenai status beliau sebagai pengundi berdaftar di Shah Alam, Selangor.

Isu berkenaan menjadi sensasi apabila PAN sering mendakwa calon parti tersebut merupakan anak tempatan serta memperlekehkan lawannya dari Barisan Nasional (BN), PAS dan wakil bebas pula yang didakwa sebagai orang luar.

Namun pihak PAN terlupa bahawa Datin Mastura Mohd. Yazid yang mewakili BN waima berasal dari luar Perak sebenarnya sudah 27 tahun menetap di Kuala Kangsar malah sudah lama menjadi pengundi di kawasan tersebut.

Ini adalah berbeza dengan latar belakang calon PAS, Dr. Najihatussalehah Ahmad yang bukan penduduk Kuala Kangsar dan mengundi di luar kawasan berkenaan selain calon tunggal bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Terdahulu ketika menjawab soalan pemberita kenapa masih mengundi di Shah Alam, Ahmad Termizi memberi alasan bahawa beliau hanya memberi sokongan kepada rakan lamanya ketika belajar di Britain, Khalid Samad.

Naib Ketua PAN Kawasan Kuala Kangsar itu namun gagal pula menjelaskan mengapa tidak menukar alamat tempat pengundian di kampungnya di sini selepas bersara dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 31 Mei 2015.

pan

Beliau yang menjadi ahli seumur hidup PAS pada 1998 lalu sebelum menyertai PAN tahun lalu bagaimanapun menyifatkan isu status dirinya bukan pengundi Kuala Kangsar sebagai bukan masalah untuk diperbesar-besarkan.

Ahmad Termizi mendakwa terpaksa pula menjadi pengundi di Gelang Patah, Johor apabila ‘diarahkan’ oleh pihak UTM untuk bertugas di kampus induknya di Skudai dari kampus cawangan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Ahmad Termizi berpindah ke Johor setelah ‘naik pangkat’ kepada profesor gred B pada 2013 daripada gred C yang lama disandangnya sejak 1997 sekali gus beliau mendakwa mengundi Kit Siang di kerusi Gelang Patah.

Pengakuan jujurnya tersebut menunjukkan ahli panel Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang memantau operasi loji Lynas itu; mampu menukar segera alamat kad pengenalannya daripada Shah Alam kepada Gelang Patah.

Lucunya Ahmad Termizi tidak pula menjelaskan kenapa tidak segera menukar alamat Mykad kepada Bandar Diraja Perak itu selepas menyertai PAN pada tahun lalu, bahkan dilantik menjadi Naib Ketua PAN Kawasan tersebut.

Ironi ini bukan lagi zaman kad pengenalan ‘plastik’, malah jika enggan tukar alamat kerana ada nilai sentimental, Jabatan Pendaftaran Negara membenarkan individu meminda butiran diri dalam mikrocip termasuk alamat baharu.

Perkara ini sering dilakukan penyokong ‘totok’ pembangkang kerana ‘sayang’ mengubah alamat tertera di Mykad, tetapi ketika pilihan raya, mereka balik mengundi di kampung halaman berdasarkan butiran dalam mikrocip itu. – Mynewshub.cc/HAA

#PRKKUALAKANGSAR

Tags: #PRKKUALAKANGSARKuala KangsarPRK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd