• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon PAN Fitnah Mastura Konon Calon Pilihan Rosmah

oleh
13/06/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Nampak gaya, calon Parti Amanah Negara (PAN), Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli sudah pandai fitnah musuh politiknya ketika berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Berucap pada Forum Selamatkan Malaysia Bersama Deklarasi Rakyat di Taman Chandan Puteri di sini Ahad, fitnah oleh bekas ahli seumur hidup PAS itu jauh lebih teruk daripada PAS sendiri masih menghormati kesucian Ramadan.

Mungkin sudah tiada bahan ‘modal’ untuk menghentam imej calon Barisan Nasional (BN), beliau memfitnah parti lawannya itu yang konon terpaksa memilih Datin Mastura Mohd. Yazid atas kehendak Datin Seri Rosmah Mansor.

Tohmahan jahat itu dilemparkan Ahmad Termizi menyebabkan kira-kira 300 hadirin tercengang malah mendakwa Mastura bukan dipilih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO.

“Dia bukan Najib pilih, tapi Rosmah sendiri yang pilih,” ucap beliau yang turut disaksikan tetamu kehormat, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali selain calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

DSC_0927 (1)

Beliau bagaimanapun meninggalkan forum itu ketika bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan sedang berucap menyebabkan wartawan tidak dapat menemuinya untuk mendapat ulasan lebih lanjut.

Terdahulu, Ahmad Termizi ketika mula berucap tersasul menyebut nama isteri Mahathir sebagai Rosmah sebelum mendakwa mengenali diktator itu sejak 1960-an dan bangga Malaysia amat dikenali dunia ketika pemerintahannya.

Calon Pakatan Harapan itu turut memfitnah kerajaan apabila mendakwa kadar rasuah di Malaysia jauh lebih teruk daripada negara jiran, Indonesia malah seluruh dunia konon menyifatkan pemimpin UMNO sebagai paling korup.

Tuduhan jahat Ahmad Termizi itu nyata palsu kerana indeks persepsi rasuah agensi antarabangsa Transparency International tahun lalu meletakkan Malaysia stabil di tangga 54 lebih baik berbanding Indonesia ke-88. – Mynewshub.cc/HAA

#PRKKUALAKANGSAR

Tags: #PRKKUALAKANGSARKuala KangsarPRK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Saya Akan Tetap Berusaha” – Presiden KAFA

Next Post

Mahathir Mursyidul Am Pakatan Harapan?

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

Next Post

Mahathir Mursyidul Am Pakatan Harapan?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd