• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Sesat Dalam Hutan Lepas Ikut Nenek Misteri

oleh AK-47
07/06/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDUDUK Kampung Perik, Kuala Nerang, Kedah baru-baru ini digemparkan dengan kehilangan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang sesat dalam hutan hampir lima jam selepas mendakwa mengikut seorang nenek yang tidak dikenali ketika mahu pulang ke rumahnya.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Mohd Amirul Azim Othman dikatakan sedang dalam perjalanan pulang selepas memancing bersama rakannya berhampiran sebuah kuari pasir di sini.

Namun, selepas pelbagai usaha dijalankan, Mohd Amirul akhirnya berjaya ditemui penduduk kampung berhampiran sebuah tali air di kampung berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam.

Menurutnya, dia masuk ke hutan berkenaan selepas mengikut seorang nenek.

“Ketika itu, saya terserempak dengan seorang nenek yang kata mahu pulang bersama.

“Saya ada beritahu nenek itu, saya akan mengikutnya dan tidak lama selepas itu, saya seperti tidak sedarkan diri dengan mengikutnya masuk ke dalam hutan.

“Apabila masuk dalam hutan, tiba-tiba nenek itu hilang. Saya mula rasa takut kerana ditinggalkan keseorangan,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Mohd Amirul, beberapa jam selepas itu dia terdengar orang memanggil namanya dan ternampak kelibat orang kampung mencarinya.

“Saya cuba memanggil mereka namun tiada siapa mendengar. Ketika itu, abang saya juga ada bersama.

“Selepas itu, saya dengar lagi nama saya dipanggil dan ketika menghampiri mereka saya ternampak ada satu laluan. Ketika keluar dari laluan itu, barulah penduduk kampung dapat lihat saya,” katanya.

Difahamkan, ini bukanlah kejadian pertama berlaku di kampung itu kerana beberapa tahun lalu, seorang wanita turut dilaporkan hilang selama sehari.

Wanita itu kemudian dijumpai di kawasan pokok buluh berdekatan rumahnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MisteriSesat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dalam Ritual Berjalan Atas Api

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dalam Ritual Berjalan Atas Api

29/06/2026
0

A 28-year-old man has died after falling into a pit of burning embers during a traditional fire-walking ritual held in...

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd