• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ops Raya: Bomba Kelantan Tumpu 7 Laluan Bahaya

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengenal pasti tujuh laluan berisiko tinggi berlaku kemalangan jalan raya di negeri ini untuk diberi tumpuan dalam ‘Ops Raya’ bermula Rabu ini.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata jalan berkenaan ialah Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Jalan Jeli-Grik, Jalan Kuala Krai-Kota Baharu, Jalan Pasir Puteh-Jerteh, Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas, Jalan Tanah Merah-Pasir Mas dan Jalan Gua Musang-Merapuh.

“Laluan tersebut paling tinggi berlaku kemalangan sama ada mangsanya cedera atau maut, sepanjang sambutan Aidilfitri setiap tahun,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa anjuran Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh di sini, malam tadi.

Azmi berkata arahan sudah dikeluarkan agar pasukan bomba di kawasan terbabit lebih kerap membuat rondaan sepanjang kempen sehingga seminggu selepas Aidilfitri.

Katanya selain itu, sembilan ambulans bomba dan enam anggota bomba bermotosikal kuasa tinggi akan membuat rondaan secara berkala ke laluan terbabit.

“Sebuah kereta bomba ditempatkan 24 jam berhampiran Masjid Muhammadi, Kota Baharu, bagi laluan Kota Baharu-Pantai Cahaya Bulan yang dijangka berlaku kesesakan teruk di bandar Kota Baharu,” katanya.

Azmi berkata 20 peratus daripada 500 anggota JBPM Kelantan akan dibekukan cuti mereka bagi menjayakan ‘Ops Raya’ berkenaan.

“Ini tidak termasuk hampir 100 anggota bomba bantuan yang akan digerakkan pada bila-bila masa, jika keadaan memerlukan,” katanya.

Beliau berkata kesemua laluan utama itu akan menjadi sesak menjelang Aidilfiri apabila ramai rakyat Kelantan yang bekerja di luar negeri ini, pulang untuk menyambut perayaan itu di kampung. – BERNAMA

Tags: Bombakemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd