• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keselamatan: Beralih Daripada Tandatangan Kepada PIN

oleh Ahmad Albab
13/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ciri keselamatan bagi penggunaan kad kredit dan debit akan dipertingkatkan apabila sistem berasaskan tandatangan bakal digantikan dengan pengesahan nombor pengenalan peribadi (PIN).

Kira-kira 39 juta iaitu lapan juta kad kredit dan 31 juta kad debit akan digantikan dengan kad baharu berasaskan PIN menjelang Januari 2017 seperti yang ditetapkan Bank Negara.

Sementara itu mesin pembayaran kad atau merchant terminal juga akan dinaik taraf untuk menampung sistem keselamatan baharu berkenaan.

Usaha besar-besaran sudah pun berlangsung dengan pemegang kad kredit menerima kad baharu mereka secara berperingkat manakala pengguna kad debit secara amnya perlu pergi ke bank masing-masing untuk membuat penukaran.

Peralihan daripada sistem tandatangan kepada PIN adalah sebahagian daripada perubahan di seluruh dunia yang telah dilaksanakan di Eropah, Kanada, Australia dan New Zealand.

Amerika Syarikat bagaimanapun masih menggunakan sistem lama iatu pengesahan tandatangan.

“Ini adalah satu langkah pencegahan penipuan,” kata Paul Brisk, pengarah sistem perunding pembayaran Cotignac yang mengendalikan peralihan sistem berkenaan di Malaysia.

“Sebab itu Amerika Syarikat merupakan salah satu negara yang paling banyak berlakunya kes-kes penipuan kad kredit kerana ia masih bergantung kepada pengesahan tandatangan,” katanya dalam satu temubual.

Pengarah Eksekutif Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM), Chuah Mei Lin berkata sistem pengesahan PIN sangat berguna apabila belakunya kes kehilangan atau kecurian kad.

Sementara itu katanya isu kad klon telah ditangani dengan EMV (Europay, MasterCard, Visa) yang diperkenalkan di sini antara tahun 2002 dan 2005.

“Cip EMV membantu mengurangkan penipuan kerana ia adalah sangat sukar dan mahal untuk dipalsukan.

“Apabila transaksi dilakukan dengan membaca cip, ia menghasilkan kriptogram unik dalam sesuatu masa tertentu yang kemudiannya perlu disahkan sebelum transaksi diluluskan,” jelas Chuah.

Brisk berkata sistem pengesahan PIN menambah satu lagi lapisan keselamatan tambahan kerana ia merupakan sistem serampang dua mata – menggabungkan kad fizikal dan PIN yang hanya diketahui oleh pengguna.

“Di negara-negara yang telah memperkenalkan sistem ini, ia adalah amalan biasa bagi pengguna untuk memasukkan kad mereka sendiri di terminal.

“Urus niaga ini adalah lebih cepat dan lebih selamat,” katanya. – The Star Online/mStar Online

Tags: Bankkad kredit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penembak Orlando Pernah Disiasat FBI

Next Post

Pelatih Juruterbang Bakal Kendali Simulator Tercanggih

Related Posts

MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank

MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank

12/04/2025
3

Tanjong Karang: Pelanggan sebuah bank di pekan Tanjong Karang gempar apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) 'meluncur masuk' ke dalam premis...

Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit Di MEX Mulai Esok

Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit Di MEX Mulai Esok

02/08/2023
0

PUTRAJAYA : Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) menjadi yang pertama melaksanakan Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) menggunakan kad debit atau kad...

Next Post

Pelatih Juruterbang Bakal Kendali Simulator Tercanggih

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd