Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Gambar Tiz Zaqyah Seksi...

Kalau dah cantik... masa tidur pun mengayukan...Penulis memang sejak dulu minat tengok minah...

FELDA Yakin Dapat Kembali...

JOHOR BAHRU - FELDA berkeyakinan dapat memperoleh semula hak milik empat bidang tanahnya...

Mayat Kanak-Kanak Ditemui Di...

BACHOK - Mayat kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dikhuatiri lemas di Pantai...

Manfaat Ekonomi Digital Kini...

PUTRAJAYA - Manfaat inisiatif ekonomi digital Malaysia telah mula diraih rakyat dan organisasi,...

Bekas Exco Perak Fitnah GST Naik Jadi 8% Lepas PRK

KUALA KANGSAR – Mungkin malas belajar sejarah pembangkang kalah besar pada Pilihan Raya Sarawak akibat fitnah cukai barang dan perkhidmatan (GST), skrip sama malah diulang sekali lagi.

Terbaharu seorang bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman memfitnah Barisan Nasional (BN) konon akan menaikkan kadar GST selepas habis dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Tohmahan jahat tersebut dilemparkan beliau ketika berucap alu-aluan pada Forum Selamatkan Malaysia Bersama Deklarasi Rakyat di Taman Chandan Puteri di sini pada Ahad yang hanya dihadiri kira-kira 300 orang penduduk.

Bekas pemimpin UMNO dan BN negeri tersebut mendakwa konon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan bakal meningkatkan kadar GST jika calon BN menang dalam kedua-dua PRK itu.

“Kita sudah dengar ura-ura kerajaan akan menaikkan lagi GST daripada enam peratus sekarang kepada lapan peratus selesai PRK ini dimenangi BN,” katanya yang menyebabkan ramai hadirin dilihat terpinga-pinga hairan.

Fitnah mengenai kenaikan kadar GST pernah dieksploitasi pembangkang secara besar-besaran pada pilihan raya di Sarawak awal Mei lalu yang menyaksikan mereka tewas teruk mengejut kepada BN tanpa dijangka banyak pihak.

Untuk rekod, Najib ketika berkempen pilihan raya di negeri Bumi Kenyalang itu menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah ada rancangan dalam masa terdekat untuk menambah kadar GST yang diperkenalkan pada 1 April 2015.

Forum tersebut dihadiri tetamu kehormat, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta kedua-dua calon PAN, Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.


Mulut celupar Hamidah itu bagaimanapun ‘memakan’ dirinya sendiri apabila beliau dikesan tersilap menyebut Mahathir sudah berusia 91 tahun, walhal diktator itu masih 90 tahun kerana tarikh lahirnya pada 10 Julai 1925.

Tidak cukup itu, Hamidah yang pernah terkenal lantang menghina kaum India dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada 2008 turut tersasul merujuk Mahathir banyak kali melakukan kerosakan besar kepada negara kita.

“Semua kerosakan yang ada hari ini adalah akibat perbuatan Mahathir sendiri,” kata beliau sebelum menyedari kesilapan itu dan menjelaskan ayat tersebut konon sebenarnya merujuk kepada Najib pula. – Mynewshub.cc/HAA

#PRKKUALAKANGSAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori