Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

MB, Exco Wajib Isytihar...

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata beliau dan 10 barisan...

UiTM Nafi Pelajar Mabuk...

SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan pelajarnya berada di bawah pengaruh...

Benjy Meringkuk 11 Tahun...

NASIB pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim akhirnya terjawab apabila dia dijatuhkan hukuman penjara selama...

Lelaki Sama Umur Tak...

NAIB juara program Gegar Vaganza, Farahdhiya mengakui bahawa status solonya menyebabkan banyak pihak...

Banduan Larikan Diri Diberkas Di Lahad Datu

TAWAU – Banduan kes rogol yang melarikan diri ketika hendak dibawa ke Penjara Tawau untuk menjalani hukuman penjara 20 tahun atas kesalahan rogol berjaya diberkas semula awal pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata Mohd Faizal Iman, 36, yang berasal dari Kampung Aman Jaya, Tagasan, Semporna, diberkas kira-kira pukul 1.45 pagi tadi di Division 5, Ladang Tamaco, Lahad Datu oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

“Antara barangan yang dirampas daripada banduan berkenaan ialah sebuah telefon bimbit berwarna biru jenama Nokia dan satu SIM Kad Celcom Xpax,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua duanya sekali.

Pada 14 Jun lalu, Mohd Faizal melarikan diri ketika hendak menaiki sebuah lori polis di perkarangan Mahkamah Tawau untuk dibawa ke Penjara Tawau bagi
menjalani hukuman penjara 20 tahun beserta 20 sebatan dengan rotan atas kesalahan rogol.


Sementara itu, Abdul Rashid berkata anggota polis yang bertugas pada hari berkenaan akan disiasat bagi menentukan sama ada berlaku kecuaian ketika menjalankan tugas atau sebaliknya.

Katanya pihaknya tidak akan berkompromi berhubung kes itu dan tindakan terhadap anggota berkenaan akan diambil jika wujud unsur kecuaian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori