• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azwan Kombos, Ezzaty Kongsi Persiapan Kahwin

oleh AK-47
21/06/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

AZWAN Kombos dan Ezzaty Abdullah sempat berkongsi cerita tentang persiapan perkahwinan mereka ketika ditemui pada majlis sidang media dan berbuka puasa filem Anak Mami Nasi Kandar di Intekma Resort, Shah Alam baru-baru ini.

Menurut Azwan atau nama sebenarnya Mohd Al Azwan Kombos, peminat berhak mengetahui cerita yang baik daripada pelakon kegemaran mereka.

“Tinggal dua bulan sahaja lagi tarikh perkahwinan kami sudah mula berkongsi dengan umum tentang persiapan dan sebagainya.

“Oleh sebab status kami berdua sebagai selebriti, rasanya tidak boleh bersikap pentingkan diri terutama dengan peminat.

“Saya akui waktu bertunang kami tidak uar-uarkan kepada umum tapi bila dah buat keputusan untuk berkahwin kita perlu bersikap adil dengan peminat. Setakat ini tarikh sahaja yang belum kami kongsikan kerana tunggu beberapa perkara penting,” katanya kepada Astro Gempak.

Menurut Ezzaty pula, dia dan Azwan pada awalnya merancang untuk merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan umum namun hasrat tersebut dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

“Sebenarnya saya dan Azwan memang tidak bersedia pun untuk bercerita kepada umum terutamanya peminat tentang perkahwinan kami.

“Tetapi selepas dinasihatkan oleh rakan-rakan lebih baik kami beritahu sahaja untuk elakkan perkara tidak elok berlaku,” katanya.

Tambah Ezzaty, dia bersyukur kerana tidak mengalami banyak halangan atau dugaan sepanjang persiapan perkahwinan mereka.

“Alhamdulillah boleh dikatakan 100 peratus sudah siap untuk persiapan hanya kad kahwin dan fitting baju sahaja belum lagi. Benda yang lain kami telah selesaikan dalam masa dua minggu sahaja.

“Saya bersyukur kerana tiada masalah atau dugaan yang berlaku antara kami. Cuma kekangan masa sahaja, sebab bila saya free, Azwan pula yang sibuk dengan kerja. Jadi agak sukar untuk selesaikan banyak perkara dengan cepat,” katanya.

Dalam pada itu, Ezzaty dan Azwan tidak menafikan banyak pihak tampil untuk menaja perkahwinan mereka.

Katanya, ramai yang bersedia untuk menaja dan kebanyakannya menghubungi menerusi media sosial.

Oleh kerana tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada penaja mereka mengambil keputusan membayar separuh atau sepuluh peratus sebagai menghargai usaha pihak yang membantu.

“Tidak adil rasanya bergantung 100 peratus dengan penaja. Rasanya bukan saya sahaja yang berpendirian begini tetapi mana-mana artis pun akan buat begitu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Azwan KombosEzzaty Abdullahmajlis perkahwinan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Resolusi UNSC Mengenai Gaza Gagal Tangani Isu Penting – Mapim

‘Banyak Kali Kami Call.. Tiada Respons, Akhirnya Terpaksa Masak Sendiri’

25/12/2023
0

Seremban: Sekeluarga terpaksa memasak hidangan makanan kepada tetamu bagi majlis perkahwinan dianjurkan gara-gara pihak jurusaji tidak memberikan maklum balas pada...

Polis Cadang Neelofa, PU Riz Dikompaun Langgar SOP

13/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berhubung majlis perkahwinan usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd