• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Berintergriti, Patuhi Akta Rahsia – Azlan

oleh Ahmad Albab
12/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man mahu penjawat awam yang berkhidmat di Perlis meningkatkan integriti diri serta mematuhi akta rahsia berikutan banyak maklumat sulit kerajaan bocor dengan cepat.

Katanya beliau mendapati maklumat-maklumat yang dianggap sulit diviralkan di laman sosial dan aplikasi WhatsApp dengan pantas selepas sesuatu mesyuarat atau keputusan dibuat.

“Saya mendapat maklumat ada juga perkara-perkara yang belum dibincangkan tetapi telah dibincangkan di media sosial. Perkara sebegini harus dihentikan,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan negeri Perlis yang pertama tahun ini di sini, semalam.

Menteri Besar itu memberi contoh pengubahsuaian fasa pertama Masjid Negeri Syed Alwi di Kangar belum siap tetapi perancangan fasa kedua yang belum dibincangkan sudah disebarkan dalam laman sosial.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ketua-ketua jabatan memantau kakitangan mereka supaya mendisiplinkan diri dan berhenti menyebar maklumat sulit kerajaan kerana tindakan mereka boleh dikesan dan dikenakan tindakan.

“Saya meminta semua penjawat awam menghormati kerahsiaan maklumat penting agar tidak jatuh ke tangan musuh bagi menjamin keselamatan negara dan negeri sepanjang masa,” tambahnya.

Azlan juga melahirkan rasa kesalnya dengan sikap segelintir kakitangan sokongan yang merasakan diri mereka ‘kebal’ sehingga sanggup mencabar ketua jabatan masing-masing.

“Kes seperti ini bukan lagi menjadi rahsia khususnya ponteng kerja. Saya berharap dengan adanya ‘Exit Policy’ masalah seperti ini dapat diselesaikan lebih cepat,” katanya.

Mengenai sistem amaran bencana, Azlan berkata walaupun ia berfungsi baik semasa Perlis dilanda hujan ribut yang merosakkan lebih 400 rumah baru-baru ini, beliau yakin tahap keberkesanan sistem tersebut boleh dipertingkatkan. – BERNAMA

Tags: Azlan ManPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd