• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Rampas 14,000 Liter Diesel, Tahan 7 Nelayan Vietnam

oleh Ahmad Albab
20/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Cubaan nelayan warga Vietnam menggunakan bot kargo tempatan untuk menyeludup 14,000 liter diesel yang dianggarkan bernilai RM21,000 tidak berhasil selepas mereka diberkas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Maritim APMM Terengganu, Kapten Maritim Zainolabidin Jusoh berkata tujuh nelayan bersama tekong itu diberkas pada kedudukan 103 batu nautika dari Kuala Terengganu pada 4.25 petang Rabu lepas.

“Ketika menjalani rondaan rutin, kapal APMM mengesan sebuah bot kargo yang sedang bersauh dalam keadaan mencurigakan…hasil pemeriksaan awal ke atas bot kami menahan tiga nelayan termasuk tekong.

“Bagaimanapun hasil pemeriksaan lanjut di Pangkalan Maritim Kuala Terengganu kami menemui empat lagi nelayan yang bersembunyi di dalam sebuah bilik di dalam kapal berkenaan dan lima daripada awak-awak itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pihaknya tidak menolak kemungkinan diesel itu diperoleh dari nelayan senegara yang bekerja di sini untuk diseludup keluar negara.

Menurut Zainolabidin kesemua suspek yang berusia 18 hingga 50 tahun itu ditahan reman selama dua minggu untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam kes berasingan pihaknya turut memberkas tiga nelayan asing yang menggunakan bot nelayan tempatan kelas C kerana melanggar syarat lesen.

Katanya nelayan yang berusia 22 hingga 30 tahun itu ditahan 12.31 tengah malam tadi pada jarak 26 batu nautika dari Kuala Terengganu.

Zainolabidin berkata pihaknya turut merampas bot bersama peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM500,000.

Jelasnya kesemua mereka dibawa ke jeti pangkalan APMM Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: APMMNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd