• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Dibenar Padam Sabitan Kes Rasuah & Liwat

oleh Ahmad Albab
28/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memadamkan sabitan kes rasuah dan liwatnya dalam pernyataan pembelaan Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung saman yang mengaitkan Anwar dengan rasuah membabitkan badan kehakiman dan Pejabat Peguam Negara.

Hakim Datuk John Louis O’hara memutuskan bahawa penghakiman bagi kesalahan jenayah tidak boleh diguna pakai dalam prosiding kes sivil.

O’hara berkata Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 29 Mei 2015 yang membenarkan permohonan Anwar dalam kes saman fitnahnya terhadap Senator Datuk S. Nallakarupan supaya penghakiman kes liwat pada 1998 tidak diguna pakai dalam pernyataan pembelaan.

Beliau berkata barisan panel hakim ketika itu membuat keputusan tersebut berdasarkan Seksyen 43 Akta Keterangan yang menghalang sabitan jenayah lampau diguna pakai di dalam kes saman sivil.

O’hara memerintahkan Utusan Melayu selaku defendan membayar kos RM2,500 kepada Anwar yang merupakan plaintif.

Anwar, 69, memohon memadamkan beberapa perenggan berhubung sabitan kes rasuahnya pada 1999 dan kes liwat keduanya pada 2015 dalam pernyataan pembelaan Utusan Melayu.

Pada 15 Okt tahun lepas, Anwar memfailkan saman itu dengan menamakan bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail sebagai defendan pertama serta TV3 dan Utusan Melayu, masing-masing sebagai defendan kedua dan ketiga.

Anwar mendakwa Mazlan menyebabkan TV3 menyiarkan perkataan fitnah yang disiarkan menerusi Buletin Utama pada 8 malam, 2 Ogos 2013 selain mendakwa Mazlan menyebabkan perkataan fitnah itu diterbitkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2013.

Dia mendakwa Mazlan mengadakan persidangan media yang mengandungi perkataan fitnah itu dan mendakwa perkataan fitnah itu merupakan serius dan berniat jahat yang membawa maksud dia seorang yang tidak beretika, terlibat dalam rasuah, melakukan aktiviti berunsur jenayah, tidak jujur dan tidak bermoral.

Anwar menuntut ganti rugi am, teruk, dan teladan serta perintah injunksi yang menghalang defendan daripada mengulangi atau menyiarkan semula perkataan fitnah itu. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahimkes liwat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd