• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abu Hassan Dilantik Pemangku Ketua Bahagian UMNO Jerlun

oleh Ahmad Albab
26/06/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sharif dilantik pemangku Ketua Bahagian UMNO Jerlun bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir yang dipecat daripada UMNO.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, DUN Ayer Hitam yang masih dipegang Mukhriz pula dijadikan DUN angkat Badan Perhubungan UMNO negeri bagi memastikan nasib pengundi di DUN tersebut terus terbela.

“Tumpuan khusus akan diberikan saya sendiri bagi memastikan segala keperluan, agenda pembangunan dan kebajikan masyarakat di DUN berkenaan terus terbela,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sebelum ini digantung sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Mukhriz berkuat kuasa serta-merta manakala Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pula digantung keanggotaannya.

Muhyiddin dan Shafie sebelum ini digugurkan daripada Kabinet pada Julai 2015 manakala Muhkriz melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah pada Februari lepas.

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkata pemecatan tersebut walaupun disifatkan sebagai ‘ditelan mati emak dan diluah mati bapa’ jelas menunjukkan UMNO sebagai sebuah parti siasah yang cukup teguh tradisinya dengan amalan kesetiaan dan kebersamaan.

UMNO Kedah katanya, sentiasa istiqamah dan menyokong penuh Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan kepimpinan parti demi kelangsungan.

“Amatlah dikesali setelah pelbagai ruang dan peluang diberikan kepada ketiga-tiga individu yang cukup banyak berjasa dan menyumbang, tiba-tiba boleh duduk semeja dan bersekongkol dengan parti pembangkang.

“..sehingga mewujudkan keresahan, kecelaruan dan perpecahan selain sifat berbelah bahagi dalam kalangan semua peringkat pimpinan dan ahli akar umbi,” katanya. – BERNAMA

Tags: UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd