• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

27 Warga Asing Ditahan Di Timur Laut

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sebanyak 27 warga asing daripada pelbagai negara ditahan dalam Op Rantau yang dijalankan di sekitar daerah Timur Laut, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam operasi bermula 10 malam itu, polis menjalankan pemeriksaan di empat lokasi iaitu Jalan Perak, Pasar Kuantan Road, rumah kongsi di Jalan Straits Quay dan rumah tumpangan di Jalan Penang, di sini.

“Dalam operasi yang turut disertai Jabatan Imigresen Pulau Pinang dan Jabatan Pendaftaran Negara itu, ada beberapa warga asing yang cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran kami bagaimanapun gagal kerana kawasan berkenaan telah dikepung terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak 157 warga asing dari pelbagai negara diperiksa dalam operasi itu dan 27 daripada mereka ditahan kerana tiada dokumen perjalanan diri, tinggal lebih masa dan salah guna pas lawatan sosial.

Katanya mereka yang ditahan terdiri daripada 14 lelaki dan lima wanita warga Myanmar, empat lelaki Bangladesh, tiga lelaki Nepal dan seorang wanita Indonesia.

Mior Faridalathrash berkata semua mereka yang berusia 18 hingga 46 tahun itu dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk didokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Juru untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: poliswarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

10/09/2026
0

PREMIS perniagaan termasuk kedai runcit dan makanan yang dioperasikan oleh pekerja asing sudah tidak lagi asing di negara ini. Menggunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd