• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Andai Agenda Yahudi, Kenapa Israel Banyak Ambil Vaksin?

oleh AK-47
24/06/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SALAH satu dakyah yang dimainkan oleh penentang pengambilan vaksin ialah vaksin dikatakan boleh melumpuhkan umat Islam kerana ia merupakan antara satu daripada agenda Yahudi dalam mencapai cita-cita mereka untuk ‘mencacatkan’ Muslim seluruh dunia.

Namun, hari ini, seorang doktor, Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir tampil membidas perkara itu menerusi sebuah entri di Facebooknya, dengan memberikan fakta yang boleh mematahkan dakwaan anti vaksin tersebut.

Dr. Abdul Rahman menulis, “Vaksin adalah agenda Yahudi, Israel dan Zionis untuk mencacat, membodoh dan menghancurkan manusia khususnya umat Islam,” kata Valak-Valak antivaksin.

“Ironinya, Israel merupakan negara yang paling tinggi kadar imunisasinya. Malah, jadual imunisasinya antara yang paling padat dengan pelbagai vaksin tambahan yang tidak diambil negara lain.

“Nampaknya, Israel dan Zionis sedang aktif mencacat, membodoh dan menghancurkan diri mereka sendiri,” tulisnya.

Menerusi link artikel yang disertakan sekali dalam post itu menyebut sebanyak 95 peratus kanak-kanak di Israel mengambil suntikan vaksin untuk perkembangan imunisasi mereka.

Andai Agenda Yahudi, Kenapa Israel Banyak Ambil Vaksin?

Mungkin fakta terbaharu itu boleh membuka mata para ibu bapa agar jangan sesekali tidak memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak mereka kerana percayakan cakap-cakap orang yang tidak mempunyai tauliah dalam bidang perubatan dan kesihatan.

Semestinya pakar perubatan lebih mengetahui sesuatu hal itu daripada orang yang hanya bermodalkan Google untuk menegakkan sesuatu perkara yang dipercayai mereka.

Sebagai contoh, semalam, Imam Muda Ammar telah memuat naik satu posting di akaun Facebook miliknya tentang pengambilan vaksin kepada kanak-kanak.

Imam Muda Dikritik Hebat Kerana Status Anti Vaksin

Walau bagaimanapun, status yang ditulis oleh Imam Muda Ammar telah mencetuskan kemarahan dan dikritik teruk oleh netizen.

Imam Muda Ammar mempertikai dan memperlekeh pengambilan vaksin dengan mendakwa vaksin tidak akan membantu melambatkan kematian seseorang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: doktorkesihatanPerubatanVaksin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Tahap kesihatan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas menjalani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd