• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Nelayan Sekinchan Dijangka Tiba Esok Dari Indonesia

oleh Ahmad Albab
15/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKINCHAN – Dua nelayan Sekinchan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia pada Mac lepas, dijangka tiba di sini selewat-lewatnya awal pagi esok.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos berkata proses dokumentasi bagi membawa pulang Chua Lee Teck, 45, dan Heng Chee Yong, 29, sedang dijalankan bagi membolehkan mereka dibawa pulang dengan segera.

“Sebaik mereka tiba di sini, kedua-dua nelayan itu akan diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terlebih dahulu untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Jamal berkata kepulangan kedua-dua nelayan itu amat dinanti keluarga dan rakyat Malaysia kerana pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan mereka sejak ditahan tiga bulan lepas.

Ketika ditanya sama ada pembebasan kedua-dua nelayan itu mempunyai ‘syarat’ tertentu, Jamal berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenainya.

“Usaha untuk membawa pulang kedua-dua nelayan Sekinchan itu telah lama dibuat dan kebetulan mereka mendapat pengampunan Presiden Indonesia (Joko Widodo).

“Kami amat bersyukur dan ini merupakan khidmat berterusan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat tanpa mengira fahaman dan ia akan diteruskan demi membela nasib rakyat,” katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pembebasan kedua-dua nelayan itu selepas Jokowi menandatangani surat pengampunan mereka.

Jamal berkata dua nelayan Sekinchan itu bukan yang pertama dibebaskan oleh kerajaan Indonesia kerana sebelum ini, lima nelayan lain dari Pontian, Johor turut mengalami nasib yang sama.

Pada 4 Mac lepas, pihak berkuasa Indonesia menahan Chua dan Heng serta merampas dua kapal pukat tunda Zon B yang dinaiki mereka.

Jamal berkata usaha turut dijalankan bagi membawa pulang kapal-kapal itu namun ia memerlukan sedikit masa kerana perlu menjalani pelbagai proses tertentu. – BERNAMA

Tags: Nelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd