Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

The Developments of Volta

A experienced professional author will offer a number of writing providers through a...

Malaysia-Rusia Akan Tingkatkan Perdagangan

SINGAPURA – Malaysia dan Rusia melahirkan harapan untuk meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara. Perdana...

PAS Ulangi Ketegasan Tidak...

KOTA BAHARU - Pintu perbincangan antara PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah) sudah...

‘Tak Perlu Mansuh, Hanya...

Beberapa bekas menteri berkata hanya pemimpin kanan kerajaan dan kerabat diraja tertentu yang...

2 Lelaki Ditahan, 300 Kilogram Daun Ketum Dirampas Di Arau

ARAU – Dua lelaki warga tempatan ditahan polis kerana cuba menyeludup 300 kilogram daun ketum bernilai lebih RM6,000 ke negara jiran, kata Ketua Polis Daerah Arau Supt Nanda Ma’arof.

Beliau berkata mereka ditahan di Jalan Ngulang, Datuk Kayaman di sini pada kira-kira 5.15 pagi semalam selepas kereta dinaiki mereka berhenti di tepi jalan di situ selepas dikejar kereta peronda polis sejauh dua kilometer.

“Anggota polis yang membuat rondaan rutin mengesan sebuah kereta jenis Nissan Cefiro yang dinaiki dua lelaki Melayu dalam keadaan mencurigakan di hadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jejawi.

“Apabila menyedari kereta mereka diekori polis, pemandu berkenaan memecut laju ke arah Jalan Ngulang, namun suspek yang dikejar polis sejauh dua kilometer kemudian mengalah dan berhenti di tepi jalan sebelum ditahan,” katanya dalam sidang media di Ibupejabat Polis Daerah Arau di sini hari ini.


Katanya hasil pemeriksaan, polis menjumpai daun ketum seberat 300kg yang dibungkus di dalam plastik lutsinar dan diletakkan di dalam but dan tempat duduk belakang kereta.

Suspek berumur 25 dan 32 tahun itu ditahan reman empat hari mulai semalam untuk siasatan, katanya, dan menurutnya polis sedang mengesan pemilik kereta berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori