SEKARANG ini, boleh dikatakan menghisap rokok vapor menjadi kegilaan dan trend semasa di mana-mana.
Salah seorang yang terjebak adalah pelakon yang juga suami kepada Diana Rafar, Zamarul Hisham.
Bagaimanapun sama seperti isteri-isteri lain di luar sana, Diana nampaknya kurang senang apabila suaminya itu keterlaluan demi hobi terbaru ini.
Menerusi akaun Instagram, Diana memuat naik keluhan bersama gambar Zamarul sedang mengulit barang vapornya berbunyi:
Ya Allah tak dapat diungkap ngan kata2.. Hanya mampu memendam jelah… Nk tegur kang kecik hati pulak .. Minta tolong folowers kesayanganku semua tegur kan abg @zamarulhisham93 kita ni boleh tak… Tak kisah kalau dia nak hisap vape tp boleh tak suh dia berhenti kumpul vape pls… Dosa papa Allah marah membazir Allah tak suka… Semua colour semua brand dia nak beli… Cam mana nak buat ni. Rasa nak suh tutup je kedai vape @hembusvapor kat bawah ni. Vapeoff pls…. Sape sokong diana tolong bg nasihat kat @zamarulhisham93 ni mesti semua geng abg lah ni. Sorry pa

