• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Ini Nyaris Dirogol Dalam Tandas Di Stesen Minyak Rawang

oleh AK-47
10/05/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita bernasib baik apabila terselamat daripada menjadi mangsa rogol di sebuah tandas stesen minyak di Rawang, Selangor, kira-kira jam 10 malam tadi.

Insiden itu didedahkan oleh kakak mangsa, Dhiya Srikandi Qalbu yang memuat naik screen shot perbualan bersama adiknya menerusi laman Facebook.

13173924_1189245864442021_6701223732883563243_n

_89380260_032576672-1

Dalam kejadian kira-kira 10 malam tadi, mangsa yang berusia 30 tahun mendakwa ditolak oleh seorang lelaki India ketika mahu keluar dari tandas Stesen Petronas Bandar Baru Rawang.

“Masa saya masuk dua perempuan yang lain turut berada di dalam tandas. Semasa saya berada dalam tandas, saya terdengar ada orang masuk dan mengunci pintu utama dengan perlahan. Saya mula rasa tak sedah hati.

“Apabila saya mahu keluar dari tandas, tiba-tiba seorang lelaki berbangsa India telah berada di hadapan pintu tandas dalam keadaan tidak berbaju dan zip seluarnya terbuka.

“Dia terus menolak dan menarik saya masuk ke dalam tandas. Saya telah bergelut dan ditarik sehingga ke pintu utama tandas. Tetapi pada masa itu, lelaki tersebut telah mengunci pintu. Namun selepas mendengar saya menjerit meminta tolong, lelaki itu telah membuka pintu dan saya telah berjaya keluar menyelamatkan diri,” kata mangsa.

Tambah mangsa kepada kakaknya, mujur ketika itu suspek tidak membawa sebarang senjata yang boleh membahayakan nyawanya.

Bagaimanapun, akibat kejadian, mangsa mengalami luka kecil dan bengkak kaki badan akibat pergelutan itu.

Difahamkan, ketika kejadian, suami mangsa sedang berada dalam kereta bersama dua anak mereka.

Mangsa telah pun membuat laporan polis di balai berdekatan untuk tindakan selanjutnya.

Dalam perkembangan lain, polis telah berjaya menahan tiga lelaki untuk membantu siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: rogolviral
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

29/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang gadis menempuh detik hitam apabila dicabul dan dirogol kekasih ibunya sendiri dalam kejadian di sebuah kediaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd