Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Mayat Warga Vietnam Lemas...

MIRI - Mayat warga Vietnam yang mati lemas di sungai Kemena, Bintulu ditemukan...

Koleksi Kereta Harian Milik...

KESEMUA kereta di bawah ini digunakan sebagai pengangkutan harian beberapa jutawan dan billionair terkenal...

Kenangan ‘Tidur Lambak’ Ketika...

MASIH teringat-ingat, zaman kanak-kanak merupakan saat paling seronok ketika pulang berhari raya di...

Donut Yang Gebu Gebana

Bahan-bahan:500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum 1 peket yis segera-11gram 50g marjerin/mentega 1 sudu besar (penuh) shortening 2...

Video: Teksi Halang Ambulans Keluar Pisau, Gertak Orang

BELUM pun reda isu puluhan kenderaan memasuki laluan kecemasan di lebuh raya PLUS dekat Alor Gajah, Melaka sehingga menyekat ambulans dan mengorbankan mangsa nahas, lagi cerita individu menghalang ambulans muncul.

Kali ini satu rakaman video menunjukkan seorang pemandu teksi dengan pendaftaran plat HQ 2000 yang cuba menghalang laluan dalam kejadian di Sibu, Sarawak, mengundang kecaman ramai netizen menerusi media sosial.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik pengguna Facebook bernama Francis Ngu Hown Hua, pemandu teksi tersebut difahamkan telah menghalang perjalanan beberapa buah kenderaan lain, termasuk sebuah ambulans.


Pemandu teksi gengter, sekat jalan & tunjuk pisau oleh mynewshub

Lantas sikap tidak bertanggungjawab individu itu membuatkan dia dihon beberapa kali. Namun bak mencurahkan air ke daun keladi sahaja, pemandu teksi itu seakan tidak menghiraukan perkara tersebut.


Ini membuatkan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu segera menegur lelaki terbabit supaya segera mengalihkan kenderaanya.

Namun dia pula dilihat marah dan segera mengeluarkan objek seakan-akan pisau yang diambil dari dalam kenderaan itu bagi mengugut orang ramai.

Aksi ‘gengster’ pemandu teksi terbabit seterusnya membuatkan netizen meminta pihak Polis Diraja Malaysia segera menyiasat insiden tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori