• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Van Damme Contohi Cara Makan Rasulullah SAW Untuk Sihat

oleh
07/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Aksi lincah dan lasak aktor terkenal Jean Claude Van Damme dalam filem-filem Hollywood pasti selalu menimbulkan keterujaan ramai peminat genre lagak aksi dan pengikut seni mempertahankan diri.

Kini walaupun dianggap sebagai seorang warga emas apabila sudah berusia lebih 55 tahun, keadaan fizikal dan mental pelakon kacak kelahiran Belgium itu memang mengagumkan sesiapa sahaja yang melihat aura dirinya.

Dikenali sebagai pakar seni mempertahankan diri, Van Damme rupa-rupanya ada rahsia unik menjaga kesihatan diri. Menurut laporan berita tempatan, beliau sendiri suka memilih makanan yang digemari Nabi Muhammad SAW.

Tidak cukup dengan itu, Van Damme dalam satu wawancara eksklusif dengan sebuah stesen televisyen Turki baru-baru ini juga mengakui beliau malahan banyak meniru amalan sunah cara makan baginda Rasulullah SAW.

Menurut Van Damme, utusan junjungan Allah SWT bagi penganut Islam sejak 14 kurun itu sebenarnya seorang manusia yang sangat bijak kerana mengetahui apa yang baik dan buruk untuk masa depan umat manusia.

“Nabi Muhammad SAW sangat bijak. Baginda tahu apa yang baik untuk masa depan, tentang tubuh manusia. Justeru lihatlah itu. Jangan tanya saya dan percayalah (sunah Nabi) ada apa yang anda perlukan,” kata beliau lagi.

Van Damme terkenal di seluruh dunia kerana banyak berlakon dalam pelbagai filem aksi. Beliau mempelajari karate ketika berusia 12 tahun dan pernah mewakili negaranya dalam kejohanan seni bela diri peringkat antarabangsa.

Menurut laporan portal berita tempatan, Van Damme mengulas rahsia hikmah di sebalik makanan kegemaran Rasulullah SAW iaitu roti, gandum, minyak zaitun, kurma dan sedikit daging. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: hollywoodJean Claude Van DammeNabi MuhammadRasulullah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Insha’Allah” Jadi Sebutan, Anne Hathaway Raih Perhatian Dunia

“Insha’Allah” Jadi Sebutan, Anne Hathaway Raih Perhatian Dunia

23/04/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bintang Hollywood terkenal, Anne Hathaway, mencetuskan perhatian global selepas menggunakan ayat “Insha’Allah” ketika bercakap mengenai...

Ramesh Peluk Islam Pada Usia 20 Tahun Selepas Dengar Kisah Nabi Muhammad

Ramesh Peluk Islam Pada Usia 20 Tahun Selepas Dengar Kisah Nabi Muhammad

04/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemuda berusia 20 tahun, dikenali sebagai Ramesh (bukan nama sebenar) memilih untuk memeluk Islam selepas tertarik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd