• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Perlu Dapat Tempat Di Hati Penduduk Bandar

oleh Ahmad Albab
11/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – UMNO yang menjangkau usia 70 tahun hari ini, perlu lebih berusaha untuk memenangi hati rakyat di kawasan bandar agar mereka sayang kepada parti ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Walaupun sokongan rakyat di kawasan luar bandar kepada UMNO adalah penting, Mustapa tidak mahu parti itu hanya menjadi parti luar bandar sahaja sebaliknya perlu mendapat tempat di hati rakyat yang tinggal di kawasan bandar.

“Hari ini kita bimbang di Semenanjung, kawasan bandar yang kita menang (pada Pilihan Raya Umum Ke-13) hanya di Parlimen Johor Baharu dan Parlimen Kangar manakala bandar lain kita kalah, ini perkara yang serius dan kita tidak boleh biarkan ia berterusan kerana bandar adalah nadi,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mustapa berkata dalam melakukan pembaharuan bagi menarik sokongan rakyat itu, pendekatan seperti bersatu padu, gigih berjuang dan lantang menyuarakan kepentingan rakyat, perlu diberi perhatian oleh anggota dan pemimpin UMNO.

Beliau berkata selain itu, UMNO boleh mempelajari bagaimana kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 pada 7 Mei lepas.

“Ramai tokoh mereka menang dengan mendapat jumlah majoriti undi yang besar seperti Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, kita kena cari jalan bagaimana rakyat sayang kepada kita, kita kena bekerja, berjuang, lantang menyuarakan kepentingan mereka.

“Ini iktibar daripada Sarawak di mana Sarawak membuktikan BN masih relevan kerana muafakat, inklusif, bersatu. Ketua menteri bawa pembaharuan baharu kepada rakyat,” katanya dan menambah pemimpin masyarakat seperti ketua kampung di negeri itu yang kuat bekerja turut menyumbang kepada kejayaan BN.

BN Sarawak memenangi 72 daripada 82 kerusi pada pilihan raya negeri ke-11 itu.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata dalam tempoh 70 tahun itu, UMNO telah berjaya membangun dan memajukan negara ini.

“Kalau tidak ada UMNO rupa bentuk Malaysia ini tentunya banyak berbeza daripada sekarang, UMNO telah menentukan rupa bentuk Malaysia iaitu kita ada perkongsian kuasa, perkongsian ekonomi dan kita ada kaedah untuk memastikan kesamarataan,” katanya.

Namun, katanya UMNO tidak boleh leka dengan cabaran masa depan termasuk kecanggihan teknologi khususnya perkembangan media sosial, agar tidak ketinggalan dan setiap isu yang diviralkan perlu segera ditangani.

Beliau berkata selain mengenal pasti kelemahan lain, parti itu perlu mendampingi pelbagai golongan masyarakat terutamanya golongan muda, golongan berpendidikan tinggi dan golongan agama. – BERNAMA

Tags: UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

Rakyat Johor Tahu Siapa Sebenarnya Sombong Dan Bongkak, Akan Tunjuk Di Kertas Undi – Akmal Saleh

Rakyat Johor Tahu Siapa Sebenarnya Sombong Dan Bongkak, Akan Tunjuk Di Kertas Undi – Akmal Saleh

17/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd