Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Lelaki Bunuh Diri...

Gempar... seorang lelaki ditemui dalam keadaan paling sadis dipercayai membunuh diri selepas jatuh...

Subsidi Haji Akan Dikurangkan,...

KERAJAAN akan mengurangkan beban subsidi Lembaga Tabung Haji (TH) ke atas jemaah haji...

DAP Nekad ‘Langgar’ Mahathir...

SHAH ALAM - Pemimpin DAP dilihat semakin nekad untuk 'melanggar' Perdana Menteri, Tun...

“Pembangkang Mahu Retak Hubungan...

TEGUH... Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) pimpinannya akan pertahan negara...

Umie Aida Akui Rindu Bawa Watak Air Mata

AKTRES Datin Paduka Umie Aida akui dirinya rindu untuk kembali berlakon membawa watak berat yang memerlukan dirinya menangis dalam skrin.

Kali terakhir Umie memegang watak seumpama itu ialah pada tahun 2010 menerusi drama Air Mata Nur Salina bergandingan Remy Ishak, diarahkan oleh kakaknya iaitu Erma Fatima.

Setelah sekian lama menyepi dari industri seni tanah air, Umie kembali menerusi drama kesukaan ramai iaitu Mok Cun yang disiarkan menerusi rangkaian Media Prima dan pernah diangkat menjadi sebuah teater pada tahun lepas.

Umie Aida Akui Rindu Bawa Watak Air Mata

Menerusi drama bersiri Mok Cun, Umie memegang watak Zeenat seorang wanita yang ada karekter gila-gila. Waima lama tidak muncul di kaca televisyen, namun watak dibawa cukup menyerlahkan kemampuan Umie dalam menjiwai tersebut.

Namun menurut Umie kepada sebuah portal akhbar, akhir-akhir ini, kerinduan untuk membawa watak berat sangat menebal dalam dirinya.

“Cuma selepas beberapa tahun tidak bermain dengan emosi dalaman, perasaan ingin kembali menangis atau lebih tepat, menghidupkan watak berat seakan membuak-buak,” katanya.

Umie atau nama sebenarnya, Umi Kalsum Rahmad Ali, 43, bersyukur dengan penerimaan daripada peminatnya walau sekian lama tidak muncul di kaca televisyen dan watak Manisah seolah-olah sebati dengan dirinya.


“Sebenarnya, saya berbesar hati apabila peminat Mak Cun memanggil saya dengan nama Manisah. Ini menunjukkan mereka menerima pembawaan wanita bermulut becok dan berimej Bollywood itu di luar layar kaca.

Umie Aida Akui Rindu Bawa Watak Air Mata
Umie Aida

“Saya sendiri seronok ‘mewarnakan’ karektor begini yang jauh menyimpang daripada peranan air mata yang sebelum ini sangat dominan dengan saya.”

Dalam pada itu, bercerita mengenai perkembangan terbarunya, Umie memberitahu bahawa dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran musim kedua Mak Cun baru-baru ini.

Pada masa sama Umie juga sedang meluaskan perniagaan miliknya dengan merancang melakukan pelancaran jus detox selepas Hari Raya Aidilfitri akan datang. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori