SELEBRITI terkenal, Kim Kardashian menzahirkan perasaaannya sempena menyambut ulang tahun kedua perkahwinannya dengan penyanyi rap Kanye West, semalam.
Memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen romantis, Kim menulis: “Selamat ulang tahun perkahwinan kedua buat cinta hati saya. Awak sentiasa membahagiakan saya. Saya cintakan awak!!!”
Pasangan ini memiliki sepasang cahaya mata, iaitu North West and Saint West.
Kim dan Kanye yang juga mesra digelar Kimye berkahwin pada 24 Mei 2014 di sebuah lokasi romantis, Forte Di Belvedere, Florence, Itali.
Kos perkahwinan mewah mereka dianggarkan mencecah sehingga RM11.5 juta (AS$2.8 juta). – MYNEWSHUB.CC


