• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Uggah: Keutamaan Mandat Besar BN

oleh Ahmad Albab
01/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Datuk Amar Douglas Uggah Embas, disebut-sebut sebagai Timbalan Ketua Menteri, berkata beliau tidak menumpu hanya pada kerusi Bukit Saban untuk dimenangi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11).

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu berkata: “Keutamaan saya bukan hanya menang di Bukit Sabah malah mahu membantu memastikan Barisan Nasional (BN) Sarawak menang dengan majoriti besar dan cukup menyakinkan”.

“Oleh itu, salah satu tugas saya adalah untuk membantu calon BN yang lain dalam ‘Pasukan Adenan’ mencapai kejayaan besar…Kami mahu mandat yang kuat untuk Ketua Menteri (Tan Sri Adenan Satem).
A
Beliau berkata BN masih menjadi pilihan popular sebagai kerajaan di Malaysia dan hasil daripada pilihan raya negeri ini akan mencerminkannya.

Uggah, 60, adalah Anggota Parlimen Betong selama tujuh penggal dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban terletak dalam kawasan Parlimen itu.

Ditanya kemungkinan besar beliau dilantik jawatan nombor dua dalam kerajaan negeri, Uggah berkata: “Dalam PBB kita ada hierarki…Tan Sri Alfred Jabu (Timbalan Ketua Menteri) adalah tiambalan presiden parti manakala saya naib presiden kanan. Itulah sebab mereka membawa saya pulang.”

Ditanya sama ada merasakan boleh berkhidmat dengan lebih baik sebagai wakil rakyat, katanya, beliau telah menjaga kepentingan pengundi kawasan itu sebagai anggota Parlimen.

“Dalam sistem sama ada di peringkat persekutuan atau negeri…kedua-dua kerajaan…kita berkhidmat kepada semua orang dengan dasar inklusif.

“Kami mahu melihat semua kaum berjaya di negara tercinta ini. Saya lakukan peranan saya dengan mencari jalan selari dengan falsafah Ketua Menteri untuk memakmurkan rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama.

“Ini ada falsafah yang amat penting yang kita perlu mendukung,” katanya.

Dalam PRN-11, Uggah akan dicabar oleh calon PKR, Noel Changgai Bucking dalam saingan satu lawan satu pada 7 Mei ini. – BERNAMA

Tags: BNPRN Sarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

‘UMNO-BN Negeri Sembilan Khianat Mandat Rakyat’ – Wanita PKR

‘UMNO-BN Negeri Sembilan Khianat Mandat Rakyat’ – Wanita PKR

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menzahirkan rasa kesal terhadap UMNO Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd