• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukang Gunting Maut Ditikam ‘Pelanggan’

oleh Ahmad Albab
08/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Seorang lelaki parah dilanggar sebuah kereta ketika cubaan melarikan diri selepas menikam seorang tukang gunting rambut, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.06 petang itu, suspek berusia 31 tahun dikatakan berpura-pura menjadi pelanggan di kedai gunting rambut milik mangsa, di tingkat dua di Medan Niaga Majlis Daerah Yong Peng (MDYP), Parit Sulong.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, semasa menggunting rambut, suspek dipercayai mengarahkan mangsa, Tiong Kim Chon, 62, mengeluarkan semua wang dimilikinya

Namun katanya, dalam cubaan menyamun itu, mangsa cuba melawan dan berlaku pergelutan. Mangsa ditikam di belakang rusuk kiri menyebabkan mangsa maut.

“Suspek melarikan diri menggunakan sebuah motosikal Yamaha RXZ yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu

“Namun, perbuatan jenayahnya itu dibalas segera secara ‘tunai’ selepas terlibat kemalangan. Dia dilanggar sebuah kereta di Jalan Kedidi 1, kira-kira 700 meter dari lokasi kejadian .

“Suspek mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurut Din, kes disiasat di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, seorang pelanggan tetap tukang gunting rambut terbabit, Mohd Ramlan Abdul Manaf, 45, berkata, dia tidak menyangka kejadian tersebut menimpa tukang gunting rambutnya yang dikenalinya sejak 11 tahun lalu.

Menurutnya, mangsa yang mesra dipanggil ‘auntie’ seorang baik hati dan peramah.

“Semasa kejadian saya berada berhampiran. Saya berniaga kedai makan di bawah kedai gunting rambut milik mangsa, namun tidak mendengar sebarang jeritan atau bunyi bising.

“Saya hanya mengetahuinya setelah melihat orang ramai berkerumun di kedainya. Baru minggu lepas saya gunting rambut dengan ‘auntie’ yang cukup terkenal di sini, kerana keramahannya dengan peniaga yang ada di medan niaga ini,” katanya. – Sinar Harian Online

Tags: kes samunmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd