Friday, December 8, 2023

Creating liberating content

TERKINI: 5,788 Mangsa Banjir...

KUALA LUMPUR: Seramai 5,788 mangsa banjir membabitkan 1,747 keluarga masih ditempatkan di pusat...

KKM Batal Notifikasi 4...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan pada Isnin membatalkan notifikasi terhadap empat produk kosmetik...

UMNO Semporna Masuki Pecutan...

SEMPORNA - Persiapan UMNO Bahagian Semporna menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sudah...

Anak Tidak Benarkan Siti...

PENYANYI Siti Nordiana yang sudah 6 tahun bergelar ibu tunggal mendedahkan dirinya terpaksa...

Tolak Budaya Sebar Maklumat Palsu Dalam Media Sosial

KUALA LUMPUR – Rakyat digesa menolak secara total budaya menyebarkan maklumat palsu termasuk usaha menjatuhkan kerajaan melalui media sosial, yang cenderung digunakan golongan minoriti di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata mereka perlu melakukan penolakan besar-besaran sebagai isyarat bahawa penyebaran sentimen negatif, maklumat palsu dan tidak sahih kepada pengguna melalui media sosial, tidak boleh diterima umum.

“Satu cara untuk menyekat (penggunaan media sosial) adalah dengan undang-undang, namun ia cara terakhir…tapi sebelum itu, kita boleh wujudkan budaya penolakan besar-besaran untuk tidak menerima cara orang cuba menjatuhkan atau menyebarkan sentimen negatif, maklumat palsu dan tidak sahih kepada pengguna melalui media sosial,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu Bernama Radio dalam program ‘Langit Biru’ yang membicarakan topik ‘Peranan dan Cabaran Kerajaan dalam Memupuk Semangat Patriotisme’ di Wisma Bernama semalam.

Razali yang juga Anggota Parlimen Muar turut mengakui bahawa media sosial adalah antara cabaran terbesar kerajaan dalam memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.


“Dalam keadaan ledakan dan kepantasan maklumat kini, kerajaan perlu bertindak pantas bagi memastikan maklumat negatif yang disebar tidak mencetuskan keresahan rakyat, khususnya dalam isu berkaitan agama dan perkauman,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori