• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiba Masanya Masalah Buli Dihentikan

oleh Ahmad Albab
10/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tindakan buli pada masa kini tidak sekadar perbuatan memukul, sebaliknya mangsa buli juga boleh menderita kerana dejek dan dimalukan ‘secara ganas’ di media sosial, satu lagi bentuk penderaan yang akan memberi kesan trauma kepada mangsa.

Namun, timbul masalah apabila ‘buli siber’ tidak dilindungi oleh Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) yang telah digubal pada tahun 1959, sebelum wujudnya Internet, Facebook dan Instagram.

Ketiadaan istilah-istilah tersebut dalam peraturan itu telah menyebabkan pembuli siber tidak akan dipertanggungjawabkan atas tindakan-tindakan mereka kerana pentadbir sekolah seolah-olah ‘diikat’ tangan mereka walaupun menyedari berlakunya penyalahgunaan di ruang siber.

Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon percaya semakan semula peraturan-peraturan itu akan membolehkan pihak sekolah berdepan masalah ini dengan lebih mudah.

Beliau berkata, banyak kejadian buli siber dan penderaan fizikal yang sebahagiannya dirakamkan dengan video telah tersebar luas sejak kebelakangan ini, menunjukkan bagaimana isu ini perlu diberi penekanan dan ditangani dengan segera.

“Biasanya, kementerian hanya akan bertindak jika laporan telah dibuat. Sekarang, kami telah memutuskan bahawa kes itu perlu disiasat dengan segera, tanpa perlu laporan dibuat terlebih dahulu.

“Kadang-kadang, kita dapati video itu adalah kes lama atau kejadian di luar negara, tetapi tindak balas kita haruslah cepat,” katanya, sambil menambah langkah-langkah proaktif juga penting.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat dalam menangani masalah disiplin pelajar di sini, Isnin.

Ketika ditanya sama ada semakan akan mengambil kira maksud buli yang lebih luas, termasuk pembulian siber dan penyalahgunaan melalui media sosial, beliau berkata: “Ia adalah salah satu daripada perkara-perkara yang sedang dikaji kementerian.”

Katanya, selama bertahun-tahun, pekeliling baru dan prosedur berkaitan masalah disiplin telah dikeluarkan atas Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, menjadikan isu itu ‘agak tidak teratur’.

“Selama ini terdapat lebih daripada 50 pekeliling dan prosedur.

“Jadi, dengan semakan ini, kami akan menyusun kesemuanya dalam satu set komprehensif peraturan yang akan digunakan oleh sekolah-sekolah untuk menangani masalah disiplin,” kata Chong, sambil menambah kementerian menyasarkan penguatkuasaan perubahan pada tahun depan.

Set komprehensif peraturan itu, katanya, akan membenarkan guru besar dan guru menggunakan ‘cara yang teratur untuk mengendalikan kes-kes tatatertib’.

“Peraturan-peraturan yang disemak semula akan menjelaskan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan mengenai, sebagai contoh, kuasa untuk menghukum, hukuman rotan dan surat amaran.

“Ia juga akan memberikan kuasa kepada jawatankuasa disiplin untuk menjalankan siasatan ke atas kes-kes bagi pihak sekolah.

“Kami juga mencadangkan sesi kaunseling yang akan diwajibkan kepada pelajar yang dihukum kerana masalah disiplin,” katanya, sambil menambah kajian kini adalah di peringkat akhir penggubalan dan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.

Beliau berkata disebabkan oleh campur tangan sekolah dalam masalah disiplin, kadarnya telah menurun dengan ketara pada 2012-2015.

“Kes-kes disiplin di kalangan pelajar adalah 1.78 peratus pada tahun 2015, penurunan dari 2.01 peratus pada tahun 2014 dan 2013, dan 2.3 peratus pada tahun 2012.

“Terdapat 4,159 kes buli di sekolah pada tahun 2012 dan ini telah dikurangkan kepada 3,011 pada 2015,” kata Chong.

Jawatankuasa itu juga membincangkan kebimbangan mengenai pengaruh Negara Islam di kalangan pelajar dan bersetuju pihak polis perlu mengadakan ceramah di sekolah mengenai ideologi berbahaya kumpulan militan itu. – mStar Online

Tags: kes bulipelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd