Thursday, July 18, 2024

Creating liberating content

Jualan Industri Kraf Negara...

LAHAD DATU — Jualan industri kraf negara mencatatkan nilai berjumlah RM333 juta dalam...

Pilih Bayar Bil Atau...

SEORANG ibu dalam dilema. Ini kerana dia terpaksa membuat keputusan sama ada perlu...

Panas!!! Awek Tukang Gunting...

TULAR beberapa foto tukang gunting rambut sebuah salon rambut di Thailand menerusi laman...

Laman Web Papar Karikatur...

DIPERCAYAI terdapat sebuah laman web lucah yang berasal dari negara seberang semakin tersebar...

Tiada Panggilan Kecemasan Daripada Helikopter Hilang

KUCHING – Polis mengesahkan helikopter Hornbills Skyways yang membawa beberapa kenamaan dan hilang ketika dalam penerbangan dari Betong ke sini petang Khamis tidak membuat sebarang panggilan kecemasan.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman dalam sidang media khas yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini lewat malam Khamis.

“Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memaklumkan bahawa mereka tidak menerima sebarang panggilan kecemasan dan helikopter ini dikatakan terus terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara,” jelas beliau lagi.

Penerbangan RPC6828 menggunakan helikopter jenis AS350 itu dilaporkan berlepas pukul 4.12 petang dari Betong sebelum hilang daripada radar kira-kira pukul 4.32 petang di sekitar kawasan Triso dalam daerah Sri Aman.

Muhammad Sabtu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti kesemua penumpang dan juruterbang pesawat malang tersebut yang sepatutnya dijadualkan tiba di Kuching 40 minit selepas berlepas dari Betong.

Mynewshub terdahulu melaporkan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Datuk Noriah Kasnon yang juga ahli Parlimen BN Sungai Besar di Selangor antara penumpang dalam helikopter berkenaan.

Turut termasuk ialah suami beliau, Tuan Asmuni Abdullah; Ketua Setiausaha MPIC, Datuk Dr. Sundaran Annamalai dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Beliau juga merupakan Ahli Parlimen BN Kuala Kangsar, Perak. Selain itu, helikoper tersebut turut dinaiki pengawal peribadi dikenali dengan nama Ahmad Sobri Harun manakala juruterbangnya ialah Kapten Rudolf Rex Ragas.

peta1


“Saya ingin memaklumkan maklumat diterima daripada DCA setakat 8.20 malam. Bertindak atas laporan itu, polis memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) berdasarkan lokasi diberi DCA,” kata Muhammad Sabtu.

Operasi SAR tersebut jelas beliau melibatkan lebih 100 anggota termasuk masing-masing 30 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta 30 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Selain itu tambah beliau, seramai 13 anggota daripada Pasukan Polis Marin dan satu platun Pasukan Gerakan Am serta masing-masing 12 anggota dari balai polis Sri Aman, Simunjan dan Betong turut dikerah dalam SAR itu.

“Memandangkan kawasan pencarian dekat hutan, laut dan sungai, kita juga akan meminta bantuan pasukan tentera darat, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,” kata Muhammad Sabtu.

Sehingga kini jelas beliau, tiada perkembangan yang boleh dimaklumkan dan mengesahkan pesawat tidak mendarat di mana-mana kawasan tertentu seperti yang diviralkan oleh netizen menerusi media sosial sejak lewat petang.

Beliau memaklumkan pihaknya akan mengatur gerak pencarian seawal pukul 6 pagi Jumaat namun belum boleh memberi sebarang pengesahan apa-apa maklumat terbaharu sehingga disahkan. – Mynewshub.cc/HAA

Baca: Heli Bawa Timbalan Menteri Hilang Dari Radar Di Sarawak

Juga: Pasukan Khas Dihantar Cari Helikopter Hilang Di Sarawak

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori