• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Jemaah Haji Iran Musim Ini

oleh Ahmad Albab
13/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Teheran – Iran tidak akan menghantar jemaah haji musim ini pada September depan selepas gagal mencapai persetujuan dengan Arab Saudi mengenai pengurusan jemaah negara itu.

Rundingan mengenainya diadakan selama empat hari di Arab Saudi bulan lalu dalam usaha mencari jalan bagi membolehkan jemaah Iran menunaikan ibadah itu selepas Arab Saudi menutup kedutaannya di Teheran dan penerbangan dari Teheran ke Arab Saudi dihentikan.

“Rundingan yang diadakan tidak berjaya menyelesaikan masalah dan kini sudah terlalu lambat untuk menguruskan pemergian rakyat Iran bagi menunaikan haji,” kata Menteri Kebudayaan, Ali Jannati, yang mengetuai rundingan bagi pihak negaranya.

Bercakap kepada agensi berita Iran (IRNA) semalam, Ali menyifatkan sikap pegawai Saudi terlalu dingin.

“Mereka tidak menerima cadangan kita mengenai pengeluaran visa, pengangkutan dan keselamatan jemaah kita.

“Mereka mahu jemaah kita pergi ke sebuah negara lain dan memohon visa di situ,” kata Ali.

Iran mendesak Arab Saudi mengeluarkan visa menerusi kedutaaan Switzerland di Teheran yang bertanggungjawab terhadap kepentingan negara itu sejak Riyadh memutuskan hubungan Januari lalu selepas serangan terhadap misi diplomatiknya oleh penunjuk perasaan Iran.

Satu lagi isu ialah mengenai keselamatan selepas kejadian mati terpijak pada musim haji lalu yang menyebabkan lebih 2,000 jemaah asing, termasuk 464 warga Iran, terbunuh.

Iran yang berfahaman Syiah dan Arab Saudi, Sunni, terbabit dalam pertelagahan di peringkat serantau, khususnya konflik di Syria dan Yaman dengan masing-masing menyokong kumpulan bertentangan. – AFP/myMetro Online

Tags: Iranjemaah haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub TEHRAN – Pihak tentera pusat Iran mengumumkan penutupan Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di selatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd