• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terkejut Bangun Tidur Ada Ratusan Ular Mengawan Dalam Rumah

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI— Entah apalah mimpi buruk dialami oleh seorang lelaki di India ini apabila dia ketika terbangun pada tengah malam, tiba-tiba rumahnya didapati penuh dengan ratusan ekor ular sedang leka mengawan sesama mereka.

Akibatnya seluruh keluarga lelaki ini terpaksa bergegas meninggalkan rumah mereka setelah menemui lebih daripada 150 ular berkeliaran di dalam rumah sambil tidak henti-hentinya mengeluarkan desis cukup menakutkan.

Jitendra Mishra, pesara jabatan perhutanan tempatan berkata, malam itu dia tidur nyenyak bersama-sama ahli keluarganya di kediaman mereka di daerah Lakhimpur, negeri Uttar Pradesh, kira-kira 421 kilometer dari sini.

Namun, Jitendra kemudian terbangun pada tengah malam setelah berasa mendengar suara aneh dalam rumahnya. Dia kemudian menyalakan lampu bilik sebelum melihat ada dua ekor ular melingkar di sudut kamar tidurnya.

Ketika Jitendra cuba berusaha mengusir keluar kedua-dua ular itu, dia malah menemui lebih daripada 100 ekor reptilia itu sedang melata santai sambil berkeliaran di lantai kediamannya, menurut laporan media tempatan.

ular1

Akhirnya, Jitendra segera membangunkan kesemua ahli keluarganya, dan mereka selamat berjaya menyelinap keluar melarikan diri ke sebuah rumah jirannya yang kemudian bertindak memberitahu penduduk lainnya.

Secara bergotong-royong bersama-sama, penduduk di kawasan tersebut berganding bahu mengusir ratusan ular berkenaan dari rumah Jitendra dengan melepaskan reptilia berbahaya itu kembali ke dalam hutan berhampiran.

Ternyata, kumpulan ular tersebut pada awalnya disyaki sudah lama berada di ruang bawah tanah kediaman Jitendra sebelum haiwan melata itu tiba-tiba menemui ‘jalan masuk’ sesuai untuk terus ke dalam rumah lelaki berkenaan.

“Banyak hal mungkin boleh memacu insiden sebegini, salah satunya adalah secara kebetulan ia merupakan masa sesuai ‘perkahwinan’ ular itu membiak,” kata jurucakap Kementerian Perhutanan, Sanjay Biswal kepada media.

“Ular cenderung mencari tempat yang lazim dianggap selamat untuk mereka mengawan tanpa gangguan sesiapa. Namun, kami akan mengkaji masalah ini dengan lebih lanjut,” tambah beliau. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Indiaular
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd