• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, January 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terima Kasih Jabu Terhadap Lantikan 4 ADUN Dayak Dalam Kabinet Sarawak

oleh Ahmad Albab
15/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Anak Numang Jabu mengucapkan terima kasih kepada ketua menteri Tan Sri Adenan Satem kerana melantik empat anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada kaum Dayak sebagai anggota Kabinetnya termasuk sebagai dua sebagai timbalan ketua Menteri.

Jumaat lalu Adenan melantik tiga timbalan ketua menteri, iaitu bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Jabu berkata beliau cukup yakin dengan kepimpinan Uggah yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban dan Naib Presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu, mampu untuk memberi perkhidmatan cemerlang dalam memajukan masyarakat Dayak, khususnya di luar bandar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Bazar Gawai Dayak yang disempurnakan Uggah di Bandar Baharu Batu Kawah di sini Sabtu malam.

Menurut Jabu, masih banyak yang perlu kerajaan lakukan untuk memajukan masyarakat Dayak sambil menyeru masyarakat itu memberi sokongan penuh kepada Uggah supaya beliau dapat berkhidmat dengan baik.

Sementara itu Ketua Publisiti PRS Alexander Donald dalam kenyataan mengucapkan terima kasih kepada Adenan kerana melantik Masing sebagai timbalan ketua menteri dan menyifatkan pelantikan itu, sangat wajar berikutan kejayaan parti itu memenangi kesemua 11 kerusi yang ditandingi pada pilihan raya negeri, 7 Mei lalu. – BERNAMA

Tags: adunsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

03/01/2026
0

KUCHING – Syarikat penerbangan tempatan pertama Sarawak, Air Borneo, mencuri perhatian apabila memperkenalkan rekaan uniform kru kabin baharu yang tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd