• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TAPEM Peruntuk RM215.51 Juta Bantuan Kewangan Pelajar

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) memperuntukkan bantuan kewangan berjumlah RM215.51 juta melibatkan 145,598 pelajar di negeri itu sejak tahun 2000, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata bantuan berkenaan meliputi bantuan sekolah rendah membabitkan peruntukan sebanyak RM8.75 juta, bantuan biasiswa sekolah menengah (RM6.08 juta), bantuan institusi pendidikan tinggi (RM18.97 juta) dan pinjaman wang pengajian tinggi (RM181.7 juta).

“Kita sentiasa memastikan bantuan pendidikan bagi anak Melaka di peringkat sekolah rendah, menengah dan institusi pendidikan tinggi mencukupi,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu malam.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Anugerah Sekolah dan Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Negeri Melaka 2015 di sini.

Pada majlis itu 457 pelajar cemerlang menerima sijil simpanan premium membabitkan peruntukan berjumlah RM79,200 dan sembilan sekolah cemerlang turut dipilih menerima anugerah berkenaan. – BERNAMA

Tags: bantuanMelaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

27/09/2026
0

MELAKA: Sebuah syarikat tempatan, Tuah Tower Sdn Bhd, mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Melaka pembinaan sebuah resort mewah berkonsepkan vila atas...

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd