• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Boleh Naik Bas, Penumpang Lempar Ular

oleh AK-47
26/05/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

GELAGAT seorang lelaki yang membawa seekor ular ke dalam sebuah bas persiaran di China telah mencetuskan aksi cemas penumpang yang berada di dalam pengangkutan awam itu.

Dalam kejadian di Zhenghou, lelaki terbabit dikatakan cuba menaiki bas tersebut dengan membawa seekor ular jinak berwarna perang kehitaman yang diletakkan di dalam bekas lutsinar.

Sabaik sahaja dia memasuki bas berkenaan, pemandu bas itu terus terperanjat besar sehingga bangun dari tempat duduknya setelah melihat haiwan eksotik itu.

snake_bus3

snake_bus2

Pemandu bas yang panik itu difaham mempunyai fobia ophodophobia, iaitu sejenis perasaan takut melampau kepada haiwan reptilia, terutamanya ular.

Bagaimanapun, lelaki itu cuba menenangkan pemandu bas dengan mengatakan haiwan berkenaan tidak bahaya dan tidak berbisa.

Namun, pemandu bas berkenaan tetap enggan membenarkan dia menaiki bas sehinggalah berlaku sedikit kekecohan.

Ini memaksa lelaki itu melepaskan haiwan eksotik tersebut ke dalam bas akibat terlalu berang, dan terus beredar meninggalkan mereka.

crying_bus_kid7

Maka bermulalah acara panik ‘besar-besaran’ apabila keseluruhan penumpang yang berada di dalam bas menjerit dan cuba meloloskan diri dari pengangkutan awam itu.

Setelah kesemuanya keluar daripada bas, pemandu yang panik itu seakan-akan tiada pilihan lain selain memaksa dirinya untuk menangkap ular berkenaan, biarpun mempunyai fobia.

Dia dengan penuh perasaan gemuruh dan tidak mengetahui cara betul menangkap ular, terus menerkam bahagian kepala reptilia itu dan terus meletakkan semula ke dalam bekas haiwan terbabit.

Biarpun mempunyai fobia, tindakan berani lelaki berkenaan dipuji netizen tempatan disebabkan sanggup bertindak di luar kemampuaannya – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Shanghaiist

Tags: Chinafobiaular
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd