• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Berniat Guris Hati Mana-Mana Pihak – KFA

oleh Ahmad Albab
06/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak berniat mengguris perasaan atau memperkecilkan mana-mana pihak, susulan penolakan tajaan Syarikat D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd (D’Herbs), Rabu lalu.

Sebaliknya, Presidennya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, keputusan KFA dibuat kerana kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan, berikutan ada syarat yang dikemukakan D’Herbs untuk tajaan bernilai RM30 juta itu, tidak dapat ditunaikan.

“Bagi saya keputusan ini adalah lumrah selepas dua pihak mengadakan perbincangan dan ia tidak sepatutnya menyebabkan hubungan kedua-dua pihak menjadi keruh.

“Saya harap penaja memahami keputusan ini dan jika ada ruang pada masa depan, kita sedia berbincang dengan mana-mana pihak demi memajukan bola sepak Kedah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam sidang media khas hari ini, Pengasas D’Herbs Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata beliau amat kecewa dan terkilan ekoran dakwaan KFA yang mengatakan beliau memaksa persatuan itu mendapatkan tanah seluas kira-kira 60 hektar di Pokok Sena, sebagai balasan kerana menaja KFA.

Aliff berkata tanah terbengkalai sejak 2008 itu sebenarnya dicadangkan sendiri kerajaan negeri untuk dibangunkan sebagai Bandar D’Herbs, taman tema dan zoo melalui usahasama dengan anak syarikat kerajaan negeri.

Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar turut menegaskan KFA bukan persatuan yang bermasalah dan ia masih berjalan seperti biasa bagi membangunkan sukan yang sudah sebati dengan rakyat negeri ini.

“Saya akur penajaan itu mampu membantu pasukan, namun ia terpaksa kami tolak buat masa ini kerana kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan dalam situasi menang-menang,” katanya. – BERNAMA

Tags: KFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cuaca Mungkin Lewatkan Keputusan Penuh PRN Sarawak Esok

Next Post

Nahas Helikopter: Setiausaha Sulit Sahkan Mayat Noriah Kasnon

Related Posts

Banjir: Polis Johor Diletakkan Dalam Keadaan Bersiap-siaga

Sumbangan RM6 Juta Dipulangkan Semula – Sanusi

07/01/2024
0

KUALA NERANG: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak...

Lapor SPRM Jika Wujud Penyelewengan Kewangan Dalam KFA

08/10/2018
0

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mendapati wujudnya penyelewengan...

Next Post

Nahas Helikopter: Setiausaha Sulit Sahkan Mayat Noriah Kasnon

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd